Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nge.ring] | ڤڠريڠ

Definisi : alat utk mengeringkan (udara dll): ~ rambut alat utk mengeringkan rambut yg basah (selepas mandi dsb); balang ~ balang utk mengeringkan bahan kimia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nge.ring] | ڤڠريڠ

Definisi : alat utk mengeringkan sesuatu: ~ rambut; balang ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengering


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MINYAK LINSID

Minyak linsid diperoleh daripada biji flaks. Ia

adalah sejenis minyak pengering – iaitu, ia

menyerap oksigen dari udara untuk membentuk

satu lapisan teguh yang tahan pecah, serpih, dan

tahan perubahan cuaca. Minyak linsid digunakan

terutamanya dalam dakwat percetakan, cat, varnis,

linoleum, dan lain-lain keluaran perindustrian. Di

samping itu, ia kadangkala digunakan sebagai

rawatan pelindung bagi konkrit.

UMUM 
MOTOR ELEKTRIK

Motor elektrik ialah mesin yang menukarkan

tenaga elektrik kepada tenaga mekanikal untuk

melakukan kerja. Motor elektrik digunakan untuk

menggerakkan pelbagai mesin dan jentera. Mesin

basuh, penyaman udara dan pembersih vakum

termasuk motor elektrik, begitu juga pengering

rambut, mesin jahit dan penggerudi elektrik dan

gergaji elektrik. Pelbagai jenis motor

menggerakkan peralatan mesin, robot dan lain-lain

kelengkapan untuk membolehkan kilang

berjalan lancar.

UMUM 
MINYAK TUNG

Minyak tung ialah minyak yang didapati daripada

isirung biji tung. Pokok tung pada asalnya tumbuh

di Asia Timur, terutamanya di China. Minyak tung

juga dikenali sebagai minyak China-wood, minyak

Japanese-wood , atau sebagai minyak wood sahaja.

Minyak tung adalah satu daripada agen pengering

yang paling berkuasa. Minyak ini tahan terhadap

asid, alkali dan alkohol.

UMUM 

Kembali ke atas