KONVENSYEN BAHASA KEBANGSAAN | KONVENSYEN BAHASA KEBANGSAAN, konvensyen satu hari yang diadakan pada 14 Julai 1986 di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya. Konvensyen ini dianjurkan oleh Biro Kebudayaan UMNO Malaysia dengan kerjasama Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA), Persatuan Linguistik Malaysia (PLM), Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), dan Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB). Penasihat dan pendorong konvensyen ini ialah Pengerusi Biro Kebudayaan UMNO Malaysia, Menteri Kebudayaan Malaysia pada masa itu, iaitu Y.B. Sdr. Anwar Ibrahim, sementara Pengerusi-pengerusi Bersama ialah Dr. Ibrahim Saad, mewakili UMNO Malaysia dan Prof. Datuk Ismail Hussein, mewakili badan-badan yang bekerjasama. | BAHASA | Bahasa |
DATUK BANDAR | Datuk bandar ialah gelaran kehormat yang diberikan kepada pengerusi majlis borough tertentu di Great Britain. Daerah-daerah kerajaan tempatan yang telah dikurniakan status borough oleh piagam diraja mempunyai datuk bandar. | UMUM | |
S.O.K. UBAIDULLAH, TAN SRI | S.O.K. Ubaidullah, Tan Sri (1918- ) ialah tokoh Maal Hijrah 1989 dan Pengerusi Tetap Malaysian Indian Congress (MIC) semenjak 1 Januari 1994. Dia juga dikenali sebagai ahli perniagaan, pendakwah, dermawan, penulis, ahli akademik, dan ahli politik. S.O.K. Ubaidullah berhijrah ke Tanah Melayu pada tahun 1938 sewaktu berusia 20 tahun. Ketika itu dia baru sahaja menamatkan pengajian di Universiti Madras, India. Dia bekerja dengan abang iparnya dari tahun 1939 hingga tahun 1949. Keluarganya tinggal di Sungai Ujong, Negeri Sembilan (kini kawasan tersebut dikenali sebagai Seremban), dan mengambil kontrak memberi perkhidmatan lampu pada waktu malam di bandar tersebut. Kemudian pada penghujung tahun 1949, dia berpindah ke Kuala Lumpur dan membuka cawangan perniagaan keluarganya di bandar tersebut dan memberi perkhidmatan yang sama di sepanjang Jalan Tun Perak (dahulu dikenali sebagai Jalan Mountbatten dan sebelumnya dikenali sebagai Java Street). | UMUM | |
SOONG CHING-LING | Soong Ching-ling (1890–1981) ialah tokoh yang terkemuka dalam kerajaan Komunis China. Dia berkhidmat sebagai Naib Pengerusi dalam kerajaan dari tahun 1949 hingga tahun 1975. Soong Ching- ling bertugas sebagai ketua pertubuhan wanita kebangsaan dan juga Sino-Soviet Friendship Assocation (Persatuan Persaudaraan China- Soviet) setelah Parti Komunis berjaya bertapak di China. Dia dianugerahi Hadiah Keamanan Stalin tahun 1925. | UMUM | |
ABDUL JALIL HASSAN, TAN SRI (1914–1990), | Abdul Jalil Hassan, Tan Sri (1914-1990), pendakwah dan pendidik Malaysia. Abdul Jalil memberikan sumbangan penting dalam tilawah al- Qur’an. Dia dilantik sebagai Ahli Pengerusi Jemaah Hakim dari tahun 1965 hingga tahun 1970. Pada tahun 1969, dia dilantik sebagai Ahli Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam di Jabatan Agama Islam, Jabatan Perdana Menteri. Pada tahun 1970, dia dipilih sebagai Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan di bawah Majlis Raja-raja Melayu. Abdul Jalil juga dikenali kerana keanggotaannya dalam badan-badan Islam Antarabangsa. Dia dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi Rabilah Alam Islam oleh kerajaan Arab Saudi pada tahun 1966 dan dilantik oleh kerajaan Mesir pada tahun 1973 sebagai Ahli Majlis Tertinggi Majma al-Buhuth al-Islamiyah. | UMUM | |
SLOVO, JOE | Slovo, Joe (1926 –1995) ialah ahli politik Afrika Selatan. Dia memainkan peranan penting dalam perjuangan mencapai demokrasi di Afrika Selatan. Dia menjadi Pengerusi Parti Komunis Afrika Selatan (SACP) dan juga seorang ahli jawatankuasa eksekutif Kongres Kebangsaan Afrika (ANC). Apabila Nelson Mandela dilantik menjadi presiden pada tahun 1994, dia melantik Slovo menjadi Menteri Perumahan. | UMUM | |
TACHÉ, SIR ÉTIENNE-PASCHAL | Taché, Sir Étienne-Paschal (1795–1865) ialah negarawan Kanada. Dia pernah menjadi perdana menteri sebanyak dua kali bagi provinsi Kanada dan menjadi pengerusi semasa Persidangan Quebec pada tahun 1864 yang telah membuka jalan untuk persekutuan tanah jajahan British Amerika Utara. Taché lahir di St. Thomas, Quebec, Kanada. Dia adalah lulusan Quebec Seminary. | UMUM | |
PROSEDUR PARLIMEN | Prosedur parlimen ialah kaedah menjalankan mesyuarat dengan cara yang teratur. Apabila orang mengadakan mesyuarat, mereka memerlukan peraturan yang akan membantu mereka mencapai matlamat mereka. Peraturan prosedur parlimen membantu pengerusi menjaga tertib semasa mesyuarat dan juga memberi panduan kepada para peserta dalam menjalankan mesyuarat. Prosedur ini dikenali sebagai prosedur parlimen kerana ia diambil daripada peraturan dan kebiasaan yang diamalkan oleh parlimen United Kingdom. Prosedur parlimen juga dikenali sebagai hukum parlimen, amalan parlimen dan peraturan tertib . | UMUM | |
MUMTAZ JAAFAR | Mumtaz Jaafar (1962– ), atlet Malaysia. Dia lahir pada tahun 1962 di Kuala Lumpur. Kerjaya awalnya ialah pegawai bank. Dia banyak memegang jawatan utama dalam organisasi sukan olahraga, antaranya Naib Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Wanita KOAM. Dia kini, menjadi jurulatih khas untuk pelari pecut negara, Watson Nyambek. Penglibatan awal Mumtaz dalam sukan olahraga terutamanya dalam acara lari 100 meter, 200 meter, 4 x 100 meter, dan 4 x 400 meter, bermula dengan menyertai kejohanan-kejohanan anjuran Majlis Sukan Sekolah-sekolah Selangor (MSSS) dan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM). Namanya terus menyinar apabila banyak meraih kejuaraan tempatan, antaranya juara Kejohanan Terbuka Kebangsaan, Kejohanan Antara Bank, dan Kejohanan MAKSAK. | UMUM | |
DENG XIAOPING | Deng Xiaoping (1904-1997), pemimpin Parti Komunis China (1976-1989), Pengerusi Suruhanjaya Penasihat Parti Komunis Pusat, dan pemimpin China yang memulakan dasar buka pintu dan reformasi ekonomi yang akhirnya membawa China ke dalam sistem ekonomi antarabangsa dan pasaran bebas. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |