Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nge.sa.nan] | ڤڠسنن

Definisi : perihal atau perbuatan mengesan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kesan (kata nama)
1. Bersinonim dengan tanda: bekas, jejak, cap, denai, tapak, tompok, surih, parut, tikas,

2. Bersinonim dengan akibat: hasil, padah, ekoran, kebaikan, keburukan, efek,

3. Bersinonim dengan pengaruh: akibat, ekoran, risiko,

Kata Terbitan : berkesan, keberkesanan, mengesan, mengesani, mengesankan, terkesan, pengesanan, pengesan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TERMOGRAFI

Termografi ialah teknik pengesanan yang

menukarkan tenaga haba yang tak boleh nampak

kepada gambar nampak. Alat yang dikenali sebagai

termograf digunakan untuk menghasilkan

termogram (gambar haba). Termografi digunakan

dalam industri, perubatan, dan banyak bidang lain.

Termograf kelihatan seperti kamera TV yang

disambungkan ke skrin TV. Ia “melihat” suhu

dengan mengesan tenaga haba, yang dinamakan

inframerah.

UMUM 
AUDIOLOGI

Audiologi ialah profesion yang tertumpu pada

pengesanan dan rawatan masalah pendengaran.

Ahli audiologi menentukan sama ada seseorang

mempunyai masalah kurang pendengaran atau

tidak. Mereka juga mengukur kesan kehilangan

pendengaran separa atau keseluruhan berdasarkan

kebolehan pesakit berkomunikasi.

UMUM 
AUTORADIOGRAFITeknik surihan radioaktif yang melibatkan penggunaan sebatian bertanda radioaktif yang disertakan ke dalam sel, tisu atau organ terutamanya dalam penentuan lintasan atau pengesanan patologi sel.KEJURUTERAANProses/Tindak Balas
FOTONIK

Fotonik ialah teknologi pengeluaran, pengawalan dan pengesanan cahaya dan sebarang bentuk tenaga sinaran dengan  unit kuantumnya ialah foton.

FIZIKProses/Tindak Balas

Kembali ke atas