Nasmyth, James (1808–1890) ialah jurutera Scotland yang mencipta tukul stim. Dia juga mencipta prinsip bertindak sendiri pada reka bentuk – perkakas mesin, iaitu tangan mekanikal yang bergerak di sepanjang gelangsar memegang perkakas. Dengan prinsip ini, Nasmyth mereka mesin pengetam dan mesin pembentuk alat. Nasmyth lahir di Edinburgh, anak kepada seorang pelukis yang terkenal. Pada tahun 1829, dia menjadi pembantu kepada Henry Maudslay, pereka bentuk dan pembuat perkakas. Pada tahun 1834, Nasmyth memulakan Bridgewater Foundry di Manchester, yang menjadi terkenal dengan pembinaan perkakas mesin dan enjin stim. Nasmyth mencipta tukul stim pada tahun 1839. Dia bersara pada tahun 1856 dan menghabiskan masanya dengan belajar astronomi. |