MORFOLOGI BAHASA MELAYU, kajian tentang struktur bentuk dan penggolongan kata bahasa Melayu. Morfologi bahasa Melayu terbahagi kepada dua, iaitu bentuk tunggal dan bentuk terbitan.
SASTERA KANAK-KANAK, bentuk sastera Melayu yang dihasilkan bagi bahan bacaan kanak-kanak dalam lingkungan umur dua hingga 12 tahun. Penggolongan ini dibahagikan pula kepada kanak-kanak yang tahu membaca, pada peringkat prasekolah (2-6 tahun) dan kanak-kanak pada peringkat sekolah rendah (6-12 tahun). Kanak-kanak dalam lingkungan usia ini mempunyai minat dan kecenderungan yang berbeza, pencapaian berbahasa yang tidak sama dan keupayaan yang tidak setara. Justeru, kanak-kanak pada peringkat prasekolah amat berminat membaca buku sastera kanak-kanak yang banyak ilustrasi dan kurang teksnya. Sementara kanak-kanak pada peringkat sekolah rendah pula gemar kepada buku sastera yang bertambah banyak teks dengan ilustrasi yang semakin berkurang.
Thanks for clicking. That felt good.