Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.gu.bal] | ڤڠݢوبل

Definisi : orang yg menggubal: ~ istilah; ~undang-undang orang yg menggubal undang-undang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.gu.bal] | ڤڠݢوبل

Definisi : orang yg menyusun undang-undang dgn menggunakan perkataan-perkataan yg sesuai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penggubal


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DRACO

Draco ialah penggubal undang-undang Yunani

yang memperkenalkan kod undang-undang

bertulis pertama di Athens purba pada tahun

621 SM. Kod ini direka untuk mengurangkan

rasa tidak puas hati yang disebabkan oleh

ketidakadilan sistem pengadilan Athens

UMUM 
SOLON

Solon (639?˙–559? S.M.) ialah penggubal undangundang

yang masyhur. Dia terkenal sebagai salah

seorang daripada tujuh orang bijak pandai Yunani.

UMUM 
PARLIMEN

Parlimen ialah badan penggubal undang-

undang nasional bagi negara Australia, Kanada,

Jepun, United Kingdom (UK), dan negara

demokratik yang lain. Sesetengah Parlimen terdiri

daripada wakil-wakil yang dipilih keseluruhannya,

manakala sesetengah Parlimen mempunyai ahli

yang dipilih dan dilantik atau ahli melalui

keturunan.

UMUM 
DEWAN PERWAKILAN

Dewan Perwakilan ialah salah satu daripada

dua badan penggubal undang-undang bagi

kebanyakan perundangan. Dewan perundangan

yang lagi satu dikenali sebagai dewan senat

atau dewan pertuanan, dan dewan perwakilan

adalah yang terbesar antara dua dewan tersebut.

UMUM 
DEWAN RAKYAT

Dewan Rakyat ialah salah satu daripada dua

buah dewan Parlimen, iaitu badan penggubal

undang-undang di United Kingdom selain

Dewan Pertuanan

UMUM 
DEWAN PERTUANAN

Dewan Pertuanan ialah salah sebuah daripada

dua buah dewan Parlimen, iaitu badan penggubal

undang-undang di United Kingdom. Dewan yang

satu lagi ialah Dewan Rakyat, yang lebih berkuasa

daripada Dewan Pertuanan.

UMUM 
ALBERTI

Alberti (1404–1472), arkitek, penggubal teori seni, dan penulis Itali.

KEJURUTERAANTokoh
ORKES GEMA PESTA

ORKES GEMA PESTA, kumpulan pancaragam yang telah mengumpulkan beberapa orang penggubal lagu dan melahirkan beberapa orang penyanyi terkenal di Malaysia. Orkes ini ditubuhkan dan dipimpin oleh Zainal Abidin bin Ibrahim yang terkenal dengan nama Zainal Ibrahim.

BUDAYAKegiatan
PERSEKUTUAN AUSTRALIA

Persekutuan Australia terbentuk dari tahun

1901, apabila keenam-enam tanah jajahan Australia

menjadi negeri-negeri Komanwel Australia.

Sebelum tahun 1889, beberapa kaedah

penggabungan tanah jajahan tersebut telah dicuba,

tetapi gagal. Pada tahun tersebut, Sir Henry Parkes,

perdana menteri New South Wales, mendesak

para penjajah tersebut supaya membentuk sebuah

kerajaan pusat. Pada tahun 1890-an, banyak

percubaan untuk membentuk sebuah persekutuan

menemui kegagalan. Para perwakilan jajahan

tersebut bersidang pada tahun 1891, 1893, 1898,

dan 1899. Pada tahun 1899, sebuah jawatankuasa

penggubal merangka Perlembagaan Persekutuan

dan penduduk Australia mengundi untuk

membentuk sebuah persekutuan. Duke of York,

kemudian bergelar Raja George V,

mengisytiharkan Komanwel Australia pada

1 Januari 1901.

UMUM 

Kembali ke atas