PENGGUNAAN | | UMUM | |
PENGGUNAAN KEKERASAN | Tindakan ketenteraan terhadap sesebuah negara untuk membela rakyat negara tersebut daripada kekejaman pemerintahnya. | UNDANG-UNDANG | Konsep |
TERAPI KELATION | Terapi kelation ialah rawatan perubatan yang melibatkan penggunaan ubat untuk menghilangkan ion logam daripada badan. Ubat jenis chelate (bersebati kuat) dengan ion logam menjadikannya bahan terlarut yang dikeluarkan melalui air kencing. Penggunaan terapi kelation yang paling terkenal adalah di dalam merawat arteriosklerosis (pengerasan arteri). Walaupun begitu, penggunaan terapi kelation ini menjadi isu yang amat kontroversi. Terapi kelation terbukti berkesan dalam merawat beberapa keadaan agak luar biasa, termasuk keracunan oleh logam seperti raksa dan plumbum. | UMUM | |
DARBY, ABRAHAM | Darby, Abraham (1677–1717), memulakan revolusi kaedah penuangan besi. Kejayaannya yang utama ialah penggunaan arang kok berbanding dengan penggunaan batu arang untuk proses peleburan. | UMUM | |
LETRIL | Letril ialah sejenis dadah yang dipertikaikan kegunaannya untuk merawat kanser. Kebanyakan pakar kanser menentang penggunaan letril kerana ia tidak terbukti berkesan dalam rawatan kanser. Namun begitu, mereka yang menyokong penggunaan letril mendakwa bahawa ia telah menghentikan kanser, malah memulihkan ramai penyakit kanser. | UMUM | |
SENI KERTAS | Seni kertas merujuk kepada penggunaan kertas hias. Manusia mereka bentuk dan menggunakan kertas demikian sejak bertahun- tahun. Kebanyakan kertas hias dibuat daripada kertas yang dihasilkan oleh mesin. Tetapi sesetengah kertas hias yang halus dibuat daripada kertas buatan tangan. Pencetakan kertas hias melibatkan penggunaan proses seni grafik seperti bongkah kayu dan turisan bongkah linoleum. | UMUM | |
BAHASA MELAYU DALAM PENGGUNAAN | | BAHASA | Konsep |
KELEWAHAN | penggunaan sesuatu unsur bahasa secara berlebih-lebihan. | BAHASA | Konsep |
DISFEMISME | penggunaan kata atau frasa yang tidak sopan, tidak menyenangkan, mengaibkan atau menyinggung perasaan untuk menggantikan kata atau frasa yang dianggap sopan atau menyenangkan. | BAHASA | Konsep |
BIOREMEDIASI | Penggunaan organisma hidup bagi mengurangkan atau mneghilangkan pencemaran alam sekitar. | PERUBATAN | Konsep |