SISTEM PENGHADAMAN | Sistem penghadaman terdiri dari satu siri struktur yang bersambungan, membentuk tiub dari mulut sehingga dubur ‘anus’. | BIOLOGI | Sistem |
DISPEPSIA | Dispepsia ialah istilah yang digunakan secara longgar untuk merujuk kepada gangguan penghadaman. Dispepsia melibatkan gejala seperti sakit pada abdomen atas, pedih hulu hati, sendawa, bahagian perut berasa sendat dan sebu, dan memuntahkan makanan atau cecair berasa masam. | UMUM | |
AIR LIUR | Air liur ialah bendalir melengket-lengket yang dikeluarkan dalam mulut, penting untuk penghadaman makanan. Bendalir ini tidak berwarna dan rupanya seperti air. | UMUM | |
TINDAK BALAS KIMIA | Tindak balas kimia ialah proses sesuatu bahan bertukar secara kimia menjadi bahan lain. Semua tindak balas kimia melibatkan pembentukan atau pemusnahan ikatan di antara atom. Tindak balas kimia termasuk pengaratan besi dan penghadaman makanan. Kebanyakan tindak balas kimia membebaskan haba. Misalnya, tindak balas kimia yang berlaku dalam penghadaman membebaskan/ mengeluarkan haba yang menjadikan badan kita panas dan berfungsi. | UMUM | |
AKTINOMIKOSIS | Aktinomikosis ialah penyakit berjangkit yang jarang-jarang ditemui yang menjejaskan kesihatan manusia. Ia dicirikan oleh pembentukan abses yang menyakitkan pada mulut, paru-paru, atau organ penghadaman. | UMUM | |
KELENJAR | Kelenjar ialah tisu atau organ yang menghasilkan dan membebaskan bahan kimia yang berguna. Kelenjar terletak di pelbagai tempat di seluruh badan manusia dan kebanyakan haiwan lain. Bahan-bahan yang dikeluarkan oleh kelenjar melakukan pelbagai fungsi. Contohnya, sesetengah daripada rembesan ini membantu melembapkan kulit. Rembesan yang lain pula membantu penghadaman mengawal pertumbuhan dan perkembangan badan. | UMUM | |
MULUT | Mulut ialah bahagian badan yang sesuai untuk menerima makanan. Bibir pada bukaan mulut membantu kita minum dan mengambil makanan. Di dalam mulut, ada dua baris gigi, satu di atas baris yang satu lagi, untuk mengunyah dan menghancurkan makanan hingga lumat supaya boleh ditelan dan dihadam. Kelenjar air liur di dinding dan lantai mulut mengeluarkan air liur, yang bercampur dengan makanan yang dikunyah. Air liur menjadikan kita lebih mudah menelan makanan kering dan membantu penghadaman gula. Lihat Air liur. | UMUM | |