Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.ha.da.pan] | ڤڠهادڤن

Definisi : tempat menghadap (raja): Betara Majapahit pun duduk di ~ dihadap orang banyak; balai ~ ruang tempat mengha­dap raja di dlm istana atau di tempat raja bersemayam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.ha.da.pan] | ڤڠهادڤن

Definisi : = balai ~ tempat orang menghadap raja: Betara Majapahit pun duduk di ~ dihadap orang banyak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hadap (kata nama)
1. Bersinonim dengan hala: arah, haluan, tuju, tala, tepas, paran,

2. Bersinonim dengan muka: depan, hadapan, haluan,
Berantonim dengan belakang

Kata Terbitan : berhadapan, berhadap-hadapan, menghadap, menghadapi, menghadapkan, terhadap, penghadapan, hadapan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ADAT PERTABALAN YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN

ADAT PERTABALAN YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN, upacara menabalkan Yang Dipertuan Negeri Sembilan yang baharu untuk menggantikan Yang Dipertuan yang mangkat. Adat pertabalan tersebut diadakan di balai penghadapan. Alat kebesaran dipasang di kawasan istana dinamakan ‘mendirikan adat’. Alat tersebut ialah 16 kaki payung kuning, lapan bilah keris, lapan bilah pedang, lapan bilah tombak, dan 16 helai bendera Negeri Sembilan. Semuanya dibawa oleh juak-juak istana yang berpakaian kuning, hitam dan merah.

            

BUDAYAKonsep
KOTA

KOTA, kubu atau benteng pertahanan dan pusat pentadbiran raja-raja Melayu pada zaman pemerintahan kerajaan Melayu lama. Dalam naskhah Melayu lama, perkataan kota sering dikaitkan dengan istana raja-raja Melayu kerana apabila seseorang raja Melayu membuka sebuah negeri yang baharu, raja akan mengarahkan rakyatnya mendirikan istana yang berkota. Ini bermakna kompleks istana raja lengkap dengan balai penghadapan, balai besar, balairung seri dan bangunan lain kepunyaan raja terletak dalam sebuah kawasan yang berpagar. Lazimnya, pagar tersebut diperbuat daripada kayu sasak, buluh, benteng tanah ataupun tembok batu atau buah-buahan binaan yang lain. Kawasan kompleks istana yang berpagar di sekelilingnya inilah disebut ‘Istana Berkota’.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan

Kembali ke atas