Phillips, Wendell (1811–1884) ialah pemidato dan reformis Amerika yang terkenal sebagai penyokong kepada penghapusan perhambaan. Dia meninggalkan kerjaya guamannya pada tahun 1837 untuk menyertai kumpulan penghapus yang diketuai oleh William Lloyd Garrison. Phillips berjuang menentang mana-mana individu, institusi, atau undang-undang yang dianggap menghalang penghapusan tersebut. Dia menyokong penghapusan perhambaan walaupun melibatkan risiko perpecahan Kesatuan Amerika. Phillips mengkritik secara serius Pentadbiran Presiden Abraham Lincoln ketika Perang Saudara Amerika (1861–1865). |