Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.ha.sil] | ڤڠحاصيل

Definisi : orang atau alat yg menghasilkan (membuat, mencipta, dll) sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.ha.sil] | ڤڠحاصيل

Definisi : orang, negara dll yg menghasilkan sesuatu; alat utk menghasilkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hasil (kata nama)
1. Rujuk dapat pendapatan

2. Rujuk panen

3. Bersinonim dengan keputusan: jawapan, penyelesaian, kesudahan,

4. Bersinonim dengan akibat: kesan, padah, reaksi, ekoran, risiko,

Kata Terbitan : berhasil, menghasilkan, keberhasilan, penghasilan, penghasil,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SUSU MENTEGA

Susu mentega ialah cecair putih yang tinggal

selepas krim digodak untuk dibuat mentega. Susu

mentega asli manis dibuat daripada krim segar

yang telah disejukkan dan digodak. Susu mentega

asli masam dibuat daripada krim yang telah

dimasamkan dengan menambah bakteria

penghasil asid laktik, yang dinamakan pemula.

Susu mentega asli tidak tahan disimpan sebagai

minuman segar. Tetapi susu mentega asli manis

kadangkala dikeringkan menjadi serbuk dan

digunakan secara komersial dalam memasak,

membakar dan membuat aiskrim.

UMUM 
TERNATE

TERNATE, sebuah kerajaan pada abad ke-13 dan pulau penghasil rempah. Di samping menjadi kota pelabuhan, Ternate adalah pusat penyebaran Islam di kawasan timur Nusantara. Dari abad ke-13 hingga abad ke-17, Ternate menjadi ibu negeri Kepulauan Maluku. Hasilan utama Ternate ialah rempah, kopra ikan dan sumber laut yang lain.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan

Kembali ke atas