PESTA ADELAIDE | Pesta Adelaide diadakan dua tahun sekali. Pesta ini menarik penyertaan para penghibur terkenal dari luar negeri, menggalakkan bakat penghibur tempatan, serta merangsangkan seni kreatif dan lakonan di Australia. | UMUM | |
MINSTREL | Minstrel ialah istilah yang digunakan dengan meluas untuk merujuk kepada penghibur profesional yang terkenal di Eropah semasa Zaman Pertengahan. Minstrel terdiri terutamanya daripada penyanyi dan pemuzik, tetapi terdapat juga penglipur lara, penjugel, badut, dan ahli akrobat. Penghibur kembara ini dikenali dengan pelbagai nama di pelbagai negara. Mereka dikenali sebagai troubadour dan jongleur di Perancis, minnesinger di Jerman, skald di Scandinavia dan bard di Ireland. Penyanyi kembara Inggeris yang awal dinamakan scop . Nama minstrel kemudiannya digunakan untuk penyair-pemuzik England. | UMUM | |
AHLI SILAP MATA | Ahli silap mata ialah penghibur yang mempersembahkan muslihat yang kelihatan mustahil. Ahli silap mata mencabut wang kertas dari udara dan menukar sebiji oren menjadi tiga biji oren. Mereka membaca minda orang dan mengeluarkan berbalang-balang ikan emas dari sehelai skarf. Malah mereka juga menghilangkan seseorang daripada pandangan. | UMUM | |
SARKAS | Sarkas ialah pertunjukan aneka ragam yang menonjolkan aksi berani dan menawan oleh artis trapez, akrobatik, penunggang kuda, pelatih haiwan, dan penghibur lain. Haiwan terlatih memainkan peranan penting dalam kebanyakan sarkas. Badut yang memakai pakaian lucu menyediakan komedi untuk mengisi pertunjukan sementara kumpulan pancaragam dan penghibur dengan pakaian bergemerlapan menambahkan lagi warna-warni dan keseronokan. | UMUM | |
ARNOLD, EDDY | Arnold, Eddy (1918– ), penyanyi Amerika dan merupakan salah seorang penghibur yang paling popular dalam bidang nyanyian rakyat dari pertengahan tahun 1940-an hingga sepanjang tahun 1960-an. Arnold merupakan perintis dalam usaha menarik pendengar yang ramai terhadap nyanyian rakyat. Lagunya yang paling terkenal termasuklah “Cattle Call” (1944), “I Really Don’t Want to Know” (1954), “You Don’t Know Me” (1956), “Tennessee Stud” (1959) dan “Make the World Go Away” (1965). | UMUM | |
PARTON, DOLLY REBECCA | Parton, Dolly Rebecca (1946– ), penyanyi serta penulis muzik country dan muzik pop Amerika, menjadi penghibur terkenal pada tahun 1970-an. Suara Dolly yang terang lagi mendayu- dayu, penampilannya yang menggemparkan dengan rambut perang dan bakat pentasnya, menarik banyak peminat. | UMUM | |
MUZIK ALEATORI | Muzik aleatori ialah sejenis muzik yang mempunyai bentuk khusus dalam gubahan yang tidak ditentukan oleh penggubah. Penggubah tidak akan menentukan kelangsingan nada, ritma dan warna ton. Mereka hanya mengehadkan bahan ini dan menyesuaikan sama ada dengan prosedur chance atau penghibur yang akan membuat persembahan untuk memilih dan membentuknya. | UMUM | |
PERHUBUNGAN AWAM | Perhubungan awam biasa dikenali sebagai PR (public relation), ialah satu aktiviti yang bertujuan meningkatkan komunikasi dan pemahaman antara sesebuah organisasi atau individu dengan satu atau lebih kumpulan yang dikenali khalayak umum . Istilah ini juga digunakan bagi profesion yang bertanggungjawab dalam mengendalikan tugasan sedemikian. Syarikat, institusi pendidikan, kumpulan agama, agensi kerajaan, kesatuan sekerja, ahli politik, dan penghibur, adalah di antara mereka yang menggunakan perhubungan awam. | UMUM | |
BREAM, JULIAN | Bream, Julian (1933– ) ialah pemain gitar dan pemain lut British. Bakat muziknya yang terserlah menjadikannya sebagai penghibur yang popular di Eropah dan Amerika Syarikat. | UMUM | |
BUFFALO BILL | Buffalo Bill (1846–1917) atau nama sebenarnya William Frederick Cody, ialah pengawal sempadan dan penembak yang terkenal di barat Amerika. Cody kemudian menjadi penghibur terkenal. | UMUM | |