ASMA | Asma ialah penyakit yang melibatkan kesesakan nafas. Kesukaran bernafas ini boleh menyerang penghidap asma dengan serangan tiba-tiba dan mendadak yang berlaku secara berkala. Gejalanya termasuklah bunyi berdehit dari dada semasa menarik nafas malah lebih kuat lagi bunyi berdehit semasa menghembuskan nafas. Pesakit mungkin tercungap-cungap dan berasa seolah-olah dia kelemasan. | UMUM | |
ANOREKSIA NERVOSA | Anoreksia nervosa ialah penyakit emosi yang membuatkan pesakit enggan makan. Penyakit ini biasanya dialami oleh gadis remaja dan wanita muda. Perkataan anoreksia bermakna tiada selera , walaupun penghidap anoreksia sentiasa dalam keadaan sangat lapar. Mereka enggan makan disebabkan oleh alasan psikologi. Sesetengah penghidap anoreksia mengalami perasaan ketagihan makanan, yang disebut bulimia . Dalam keadaan begini mereka akan makan dengan begitu banyak, kemudian mereka memaksa diri supaya memuntah keluar apa yang dimakan. Lihat Bulimia. | UMUM | |
ATAKSIA | Ataksia ialah ketiadaan koordinasi pada otot. Ketiadaan ini merupakan simptom kerosakan pada bahagian sistem saraf pusat. Ataksia lokomotor melibatkan ketiadaan imbangan atau keseimbangan. Penghidap ataksia lokomotor harus berdiri di tapak yang lebar dengan mata terbuka. Jika tidak berbuat demikian, dia akan bergoyang-goyang malah akan rebah. Goyangan itu akan bertambah kuat jika dia memejamkan matanya. | UMUM | |
MULUT TRENC | Mulut trenc, juga dikenali sebagai jangkitan Vincent ialah penyakit yang menyerang mulut dan kerongkong. Ia dinamakan mulut trenc semasa Perang Dunia I (1914–1918), apabila beribu-ribu askar menghidapnya semasa bertempur di dalam parit. Para doktor tidak dapat memastikan apakah punca penyakit ini, walaupun mereka mengagak ia terjadi akibat jangkitan kuman. Penjagaan mulut dan pemakanan yang kurang baik sering kali didapati pada penghidap penyakit ini dan ia boleh menyebabkan penyakit ini membiak. Penyakit ini tidak berjangkit. | UMUM | |