MAHKAMAH PENGHULU | MAHKAMAH PENGHULU, mahkamah paling rendah dalam hierarki sistem kehakiman di Semenanjung Malaysia. Menurut Ordinan Mahkamah 1948, bidang kuasa Mahkamah Penghulu, sama ada dalam kes jenayah ataupun kes sivil sangat terhad. Bidang kuasa penghulu, tercatat dalam surat pelantikan penghulu itu. | BUDAYA | Institusi/Organisasi |
ADAT PERTABALAN RAJA PERLIS | ADAT PERTABALAN RAJA PERLIS, upacara menabalkan Raja Perlis yang baharu untuk menggantikan raja yang mangkat. Adat ini diadakan di Istana Arau, dihadiri oleh menteri besar, pemimpin-pemimpin negeri, ketua-ketua kaum, penghulu-penghulu mukim serta sultan-sultan dan yang dipertua negeri. | BUDAYA | Konsep |
PENGHULU ASUN | PENGHULU ASUN (1880-1958), ketua kaum Iban yang memimpin gerakan menentang British di kawasan Sungai Kanowit, Sarawak. Dia dikenal juga dengan gelaran ‘Bah Tunggal’. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
PENGHULU TAWI SLI | PENGHULU TAWI SLI (1912-1987), ahli politik, Ketua Menteri Sarawak yang kedua (1966-1969). Dia lahir pada bulan Jun 1912 di Lingga, Simanggang, Sarawak. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah St. Luke di Sabu, Simanggang dan lulus peperiksaan Juior Cambridge pada tahun 1931 di St. Thomas’s School, Kuching, Tawi Sli pernah menjadi guru sebelum mengikuti kursus agama Kristian pada tahun 1934. Dia pernah berkhidmat sebagai kerani di Pejabat Daerah Simanggang dan di Pejabat Residen Bahagian Kedua (1937-1960). Setelah bersara, pada tahun 1961, dia mula bergiat dalam bidang politik. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
DOL SAID | Dol Said (1773–1849), Penghulu Naning yang menentang pentadbiran British. Dol Said dari keturunan suku Semelenggang. Dia memegang jawatan tersebut dari tahun 1779 hingga tahun 1833. | UMUM | |
PESAKA | PESAKA, parti politik. PESAKA ialah singkatan Parti Pesaka Anak Sarawak. Parti ini ditubuhkan oleh orang Iban di Bahagian Sibu, Sarawak pada bulan Ogos 1962. Antara pemimpin Iban ang bertanggungjawab menubuhkan PESAKA ialah Penghulu Musam anak Radin, Penghulu Francis Bujang anak Manja dan Penghulu Francis Umpau. Temenggung Jugah kemudian dilantik sebagai Presiden PESAKA. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Persatuan |
DATO' KELANA SUNGAI UJONG | DATO’ KELANA SUNGAI UJONG, penghulu adat bagi luak Sungai Ujong di Negeri Sembilan. Gelaran penuh Dato’ Kelana ialah Dato’ Kelana Putera. Gelaran asal Penghulu Menteri. Menurut legenda, institusi Dato’ Kelana berasal daripada watak mitos, Bendahara Sekudai yang dikatakan daripada keturunan Sultan Johor dan Puteri Mayang Selida. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Jawatan/Gelaran |
KELANG | Kelang, bandar dan daerah di negeri Selangor. Sejarah perkembangan penempatan Kelang dapat dikesan pada abad ke-15 dan abad ke-16, iaitu pada zaman Kesultanan Melaka. Tun Perak dilantik sebagai penghulu untuk mentadbir Kelang. Meskipun begitu, Kelang telah ada seorang ketua tempatan yang dikenal dengan nama Tuk Engku Kelang, iaitu satu jawatan tradisi yang sudah pun ada sebelum kemunculan kuasa Bugis di Selangor. | UMUM | |
UTIMUTIRAJA | UTIMUTIRAJA ( ? -1511), saudagar keturunan Jawa dan menjadi penghulu masyarakat Melaka keturunan Jawa di kawasan Upeh. Dia juga dikenal sebagai Timuturaja. Seorang yang bersikap oportunis, dia telah berbaik-baik dengan orang Portugis yang telah ditahan di Melaka kerana didapati mengintip kekuatan tentera dan pertahanan Melaka. Malah seorang daripada wanita Jawa di kawasannya, telah bercinta dengan salah seorang pengintip Portugis itu. Apabila mereka ditangkap dan dipenjarakan, wanita Jawa tersebut telah berenang ke kapal Lopez de Squiera, ketua orang Portugis itu, dan memberitahunya tentang peristiwa itu. Tindakan itu telah membolehkan de Squiera dan beberapa orang pengikutnya melarikan kapalnya dan belayar ke Goa (India) untuk memberitahu Alfonso de Albuquerque tentang peristiwa penangkapan tersebut. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
KHATIB KOYAN ABDULLAH | KHATIB KOYAN ABDULLAH, ( ? - ? ) pemimpin masyarakat dan penghulu. Dia lahir di Sumatera, Indonesia. Dia datang ke Tanah Melayu dan menetap di Segambut. Kemudian semasa menjadi Penghulu Setapak, dia menetap di Batu 5 Jalan Gombak, Kuala Lumpur. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |