Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.hu.ni] | ڤڠهوني

Definisi : 1. orang dll yg mendiami (rumah dll): rumah itu berkunci, ~nya tidak ada; mereka menjadi ~ rimba dgn dada yg me­ngandungi bara; 2. hantu penunggu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.hu.ni] | ڤڠهوني

Definisi : orang dll yg menghuni (rumah dsb): Rumah itu berkunci sebab ~nya tidak ada. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
huni
Kata Terbitan : berhuni, menghuni, penghuni, berpenghuni,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PENGHUNI GUA UMUM 
TIMBUNAN BUANGAN

Timbunan buangan ialah timbunan kerang-kerangan

dan sampah-sarap yang lain yang

ditinggalkan oleh penghuni awal sesebuah tapak

arkeologi. Timbunan ini merupakan longgokan

sampah daripada tapak khemah atau kampung

yang pada suatu masa dahulu menjadi tempat

tinggal manusia. Sesetengahnya berusia ribuan

tahun. Timbunan buangan ini mengandungi alat-alat

yang diperbuat daripada tulang dan batu, kulit

cangkerang yang isinya menjadi makanan, ada

kalanya serpihan tembikar, dan tulang haiwan dan

mungkin juga tulang manusia. Ahli arkeologi yang

mengkaji timbunan buangan ini akan membina

kembali kehidupan harian dan adat resam yang

berubah-ubah di kalangan manusia yang hidup

sebelum sejarah ditulis.

UMUM 
ORANG UTAN

Orang utan ialah beruk besar, berbulu kasar

kemerah-merahan yang tinggal di hutan hujan tropika

di Sumatera dan Borneo. Orang utan adalah mamalia

penghuni pokok yang terbesar. Orang utan tingginya

90 hingga 150 sentimeter. Yang jantan mungkin

beratnya dari 70 hingga 90 kilogram. Sesetengah

orang utan jantan mempunyai lengan sepanjang kira-

kira 2 meter. Yang betina saiznya kira-kira setengah

saiz yang jantan. Orang utan jantan yang matang

mempunyai pad pipi yang lebar yang terjojol dari sisi

mukanya dan mempunyai kantung kerongkong yang

besar. Yang betina tidak mempunyai pad pipi dan

hanya mempunyai kantung kerongkong yang kecil.

UMUM 
SCOTLAND, SEJARAH

Scotland, Sejarah. Peneroka awal di Scotland

mungkin telah tiba pada akhir Zaman Ais terakhir.

tetapi tinggalan arkeologi yang awal sehingga kini

menunjukkan ia bertarikh dari kira-kira tahun 6000

S.M. Penghuni awal Scotland ialah pemburu dan

nelayan yang berhijrah mengikut jalan laut dari

selatan. Bilangan mereka sangat kecil dan

sebahagian besarnya tinggal di kawasan pesisir.

Kebudayaannya tergolong dalam Zaman Mesolitik

(Zaman Batu Pertengahan).

UMUM 
NEGARA KOTA

Negara kota ialah sebuah negeri yang merdeka

atau hampir merdeka yang aktiviti politik dan

budaya dilaksanakan dalam satu pusat bandar.

Negara kota sering diperintah oleh seorang raja,

diktator atau sekumpulan kecil penduduk yang

berkuasa. Dalam sesetengah hal, kehidupan politik

dikuasai oleh penghuni bandar. Penduduk bandar

dan luar bandar mempunyai kuasa politik.

UMUM 
PULAU MAGNETIC

Pulau Magnetic terletak di antara Terumbu

Sawar Besar dengan pantai Queenslands,

Australia , lebih kurang 10 kilometer ke timur laut

Townsville. Pulau ini ialah sebuah taman negara

dengan keluasan 50 kilometer persegi. Sebahagian

besar pulau itu bergunung-ganang dan dipenuhi

hutan tebal. Namun terdapat perkampungan di

pantai yang popular sebagai tempat peranginan

dan pelancongan. Sebahagian penghuni pulau ini

menjalankan perniagaan hotel dan rumah tetamu

manakala yang lainnya menanam dan menjual

nanas dan betik.

UMUM 
GAWAI

GAWAI, perayaan yang diamalkan oleh suku kaum Dayak dan kaum-kaum lain di Sarawak. Umumnya, gawai disambut oleh penghuni sesebuah rumah panjang. Dalam bahasa Iban, ‘gawai’ atau ‘gawa’ bermakna apa sahaja jenis pekerjaan atau kegiatan yang dijalankan.

BUDAYAAdat
BADWI

Badwi ialah golongan pengembara dan penghuni padang pasir di Timur Tengah seperti Semenanjung Arab, Iraq, Syria dan Jordan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBangsa/Suku/Kaum
BAJAU

BAJAU, suku bangsa yang dikenal sebagai ‘anak laut’ di Filipina atau ‘pengembara laut yang berpindah-randah’. Kadangkala mereka disebut sebagai ‘penghuni perahu’. Di Semenanjung Malaysia, khususnya di Johor, mereka dikenal sebagai Orang Laut. Di Singapura pula, mereka dikenal sebagai Orang Selitar. Di Sulawesi, mereka dikenal sebagai Orang Bajaui, manakala di Sabah mereka disebut sebagai Orang Bajau atau Samah.

BUDAYAKonsep
RASI

RASI, kesesuaian dalam konteks perhubungan manusia dengan manusia dan manusia dengan peralatan. Contohnya rasi antara suami dan isteri, rasi antara penghuni dengan rumah yang dialami, rasi antara pemilik dengan barang yang dimiliki dan rasi antara ladang atau kebun dengan empunyanya.  Jika ada kesesuaian, rasi akan membawa keuntungan faedah, kebahagian dan kesuburan kepada mereka. Jika tidak serasi, maka timbul konflik dalam rumah tangga, sakit, bencana atau ditimpa musibah. Ukurannya dilihat pada kesan perhubungan.

BUDAYAKonsep
12

Kembali ke atas