Sosej ialah makanan yang dibuat daripada daging cincang dan dibubuh perasa. Daging yang digunakan untuk membuat sosej termasuk daging lembu, haiwan buruan, babi, ayam itik, anak lembu, dan di sesetengah negara – ikan. Sosej dibubuh perasa herba dan rempah-ratus, di samping garam, lada, lada hitam, sage, bawang, gula, dan halia. Kebanyakan sosej mengandungi sesetengah jenis bijirin, yang berfungsi sebagai pengikat, dan sedikit pengawet yang dinamakan nitrit. Nitrit memberi warna kepada sosej dan membantu mencegah pertumbuhan bakteria yang menyebabkan sejenis keracunan makanan yang dinamakan botulism. Orang Eropah kadangkala menambah gin atau wain merah kepada sosej untuk memberikannya rasa yang istimewa. |