EDICT OF NANTES | Edict of Nantes merupakan pengiktirafan toleransi agama secara rasmi yang pertama oleh negara Eropah besar. Raja Henry IV dari Perancis menandatangani edik ini di bandar Nantes pada 13 April 1598. | UMUM | |
RACKHAM, ARTHUR | Rackham, Arthur (1867–1939) ialah pelukis Inggeris yang mendapat pengiktirafan kerana ilustrasi bagi buku kanak-kanak. Ilustrasinya merangkumi lakaran gnome, orang bunian, tukang sihir, dan pari-pari, dan juga makhluk yang menyerupai manusia yang baik. | UMUM | |
SEKOTO, GERARD | Sekoto, Gerard (1913–1993) ialah pelukis Afrika Selatan, mula menerima pengiktirafan pada tahun 1940-an kerana lukisannya yang berwarna- warni dan jelas tentang kehidupan di sebuah bandar. Gerard dianggap sebagai perintis dalam seni lukis moden Afrika Selatan. Karyanya terus mempengaruhi generasi pelukis yang lebih muda. | UMUM | |
LICAD, CECILE | Licad, Cecile (1961– ), pemain piano konsert Filipina yang memperolehi pengiktirafan antarabangsa pada tahun 1980-an. Dia mempersembahkan konsert profesionalnya yang pertama di Amerika Syarikat pada tahun 1980, bersama-sama Boston Symphony Orchestra di bawah pimpinan pemimpin Jepun, Seiji Ozawa. Persembahannya di Tanglewood Festival, Massachusetts , memenangi anugerah Leventritt. Pada tahun 1981, Licad memulakan musim konsert pertama yang sepenuhnya dengan orkestra New York Philharmonic di bawah pimpinan Zubin Mehta, dari India. | UMUM | |
ALDRIDGE, IRA | Aldridge, Ira (1807?–1867), pelakon kulit hitam Amerika yang pertama mendapat pengiktirafan dunia Barat. Aldridge begitu dikenali kerana peranannya sebagai watak tragedi dalam karya William Shakespeare, terutamanya sebagai Othello. | UMUM | |
MACAULAY, DAME ROSE | Macaulay, Dame Rose (1881–1958), penulis British yang telah mendapat pengiktirafan pada tahun 1920 melalui novel Potterism, sebuah satira yang sebahagiannya fantasi dan sebahagiannya pula tragedi. | UMUM | |
RICHARDSON, HENRY HOBSON | Richardson, Henry Hobson (1838–1886), arkitek Amerika yang pertama memperolehi pengiktirafan di arena antarabangsa. Dia mendominasi bidang seni bina Amerika Syarikat pada tahun 1870-an dan 1880-an. | UMUM | |
NIER, ALFRED OTTO CARL | Nier, Alfred Otto Carl (1911–1994), ahli fizik Amerika yang mendapat pengiktirafan setelah menghasilkan spektrografi jisim dan penggunaannya dalam penyelidikan nuklear. Dia mengkhusus dalam kajian isotop (atom yang mempunyai unsur yang sama dengan berat atom yang berbeza) dan penentuan jisim yang tepat. | UMUM | |
ZUKERMAN, PINCHAS | Zukerman, Pinchas (1948 – ) ialah pemain violin dan pemimpin pancaragam kelahiran Israel. Dia menerima pengiktirafan antarabangsa sebagai pemain solo dan pemimpin orkestra simfoni dan orkestra kamar. | UMUM | |
SALK, JONAS EDWARD | Salk, Jonas Edward ( 1914–1995), ahli sains penyelidikan Amerika yang bekerja dalam bidang perubatan pencegahan. Dia memperoleh pengiktirafan tertinggi kerana memajukan vaksin yang menjadi senjata pertama yang cukup berkesan untuk mencegah poliomielitis, yang juga dikenali sebagai kelumpuhan infantil (lihat Poliomielitis ). | UMUM | |