STETSON, JOHN BATTERSON | Stetson, John Batterson (1830–1906) ialah pengilang topi dan dermawan Amerika. Dia pergi ke Barat pada awal tahun 1860-an untuk memulihkan kesihatannya dan menggunakan pengetahuannya mengikut cita rasa Barat dan mereka bentuk topi sepuluh-gelen yang terkenal. Dia mendirikan sebuah kilang di Philadelphia, Pennsylvania pada tahun 1865, dan menjadi pengilang topi yang terkemuka di Amerika. Walaupun dia tidak pernah mendapat pendidikan rasmi, Stetson telah membiayai untuk sebuah akademi kecil di De Land, Florida. Akademi ini kemudiannya menjadi Stetson University. Stetson lahir di Orange, New Jersey. | UMUM | |
STANLEY BERSAUDARA | Stanley bersaudara ialah pereka dan pengilang rakyat Amerika yang mencipta enjin stim Stanley, salah satu kereta berkuasa stim paling terkenal. Mereka berdua ialah saudara kembar. | UMUM | |
MEERSCHAUM | Meerschaum ialah tanah liat putih yang lembut, bergentian, atau berkelupas. Para pengilang menggunakan meerschaum untuk membuat paip tembakau. Meerschaum juga dikenali sebagai sepiolit. Meerschaum sangat ringan hingga boleh terapung di atas air. | UMUM | |
ASID FORMIK | Asid formik ialah sejenis bahan kimia industri yang penting. Pengilang kulit menggunakan asid formik untuk menyamak dan menyingkirkan bulu daripada kulit haiwan. Asid formik juga digunakan dalam pembuatan pewarna, getah, dan banyak hasil yang lain. | UMUM | |
ASID FOSFORIK | Asid fosforik ialah asid jenis fosforus yang paling biasa didapati. Pengilang menggunakannya untuk menghasilkan sebatian fosfat tidak organik, baja, minuman ringan dan perasa sirap. | UMUM | |
ARKWRIGHT, SIR RICHARD | Arkwright, Sir Richard (1732–1792) ialah pereka cipta dan pengilang British. Pada tahun 1769, dia telah mendapatkan paten untuk sebuah mesin pemintal benang yang dinamakan kerangka air kerana alat tersebut dijalankan oleh kuasa air. Mesin itu dipusingkan oleh beberapa set penggelek yang bergerak pada kelajuan yang berlainan untuk menarik kapas daripada mesin penyisir dan meluruskan seratnya. Kemudian, kapas itu diputar oleh gelendong supaya menjadi benang. Bagaimanapun, benang yang dihasilkan oleh kerangka air adalah keras, liat dan kasar. Arkwright dan dua pekilang lain mula membina kilang kapas yang menggabungkan pelbagai proses pengilangan yang terdiri daripada penyisir, penarik, peracik dan pemintal supaya menjadi satu proses sahaja. Dia dikatakan bekerja 16 jam sehari dan belajar pada waktu malam untuk menyambung semula alam persekolahannya yang tercicir. | UMUM | |
O'REILLY, TONY | O’Reilly, Tony (1936– ), menjadi presiden dan ketua pegawai eksekutif pengilang makanan Amerika Syarikat, H.J. Heinz Company, pada tahun 1979. Pada tahun 1960-an, dia terkenal sebagai eksekutif perniagaan yang bijak dan berjaya. | UMUM | |
PERUSAHAAN OTOMOBIL KEDUA (PERODUA) | Perusahaan Otomobil Kedua (PERODUA) ialah pengeluar kereta nasional yang kedua. PERODUA ditubuhkan pada tahun 1993. Syarikat PERODUA mengandungi Perodua sebagai syarikat induk, Perodua Manufacturing Sdn. Bhd. sebagai pengilang dan Perodua Sales Sdn. Bhd. sebagai syarikat pengedar dan penjual. | UMUM | |
RESIN SINTETIK | Resin sintetik ialah salah satu daripada sebatian kimia yang termasuk dalam kumpulan sebatian kimia yang besar yang termasuk juga plastik biasa yang kita guna. Resin ini boleh diolah untuk menjadi gentian atau filem, dibentuk dalam acuan untuk dijadikan berbagai-bagai bentuk, umpamanya dari sekeping sikat kecil yang boleh dimasukkan ke dalam saku sehingga ke bamper kereta. Pengilang menggunakan sebatian ini dalam pembuatan cat dan perekat dan juga sebagai salutan pada kain, kertas dan logam. | UMUM | |
SMITH, JAMES | Smith, James (1827–1897), yang dikenali sebagai Smith Ahli Falsafah, menjumpai lombong yang kaya dengan timah di Gunung Bischoff di negara pulau Australia, iaitu Tasmania pada tahun 1871. Dia menubuhkan Mount Biscnoff Tin Mining Company Bischoff pada tahun 1873. Dia menjadi ahli parlimen dari tahun 1886 hingga tahun 1888 sebelum bersara untuk berladang di Forth. Smith lahir di George Town, Tasmania dan bekerja sebagai perantis pengilang tepung dan mencari gali emas di Victoria. | UMUM | |