Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngi.lus.tra.si] | ڤڠيلوستراسي

Definisi : orang yg membuat ilustrasi: tujuan dan arah sesebuah kartun itu terletak pd ~ itu sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngi.lus.tra.si] | ڤڠيلوستراسي

Definisi : orang atau pihak yg membuat ilustrasi: Tujuan lukisan dlm komik itu terletak pd ~ itu sendiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengilustrasi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SENDAK, MAURICE

Sendak, Maurice (1928– ) ialah pengilustrasi

Amerika dan penulis buku kanak-kanak.

Kebanyakan ilustrasi dan ceritanya menampilkan

imej seram dan menakutkan kanak-kanak. Dia

memasukkan orang, peristiwa dan himpunan

semula zaman kanak-kanaknya secara imaginatif.

Sendak telah memenangi salah satu anugerah

Amerika yang agung, Pingat Caldecott pada tahun

1964, untuk ilustrasi dan tulisannya, Where The

Wild Things Are .

UMUM 
TENNIEL, SIR JOHN

Tenniel, Sir John (1820–1914) ialah kartunis dan

pengilustrasi buku Inggeris. Dia menghasilkan

ilustrasi untuk buku Alice ’s Adventures in

Wonderland (1865) dan Through the Looking-Glass

(1871) karya Lewis Carrol. Dia juga terkenal dengan

kartun politiknya yang disiarkan dalam majalah

Punch . Dia bekerja dengan majalah tersebut selama

50 tahun mulai tahun 1850. Dia dikagumi kerana

karyanya yang asli, bermartabat dan berteknik

canggih. Tenniel dan beberapa artis lain yang

sezaman dengannya membantu mengekalkan

kedudukan penting Great Britain dalam bidang

ilustrasi buku. Dia lahir di London.

Lihat juga Carrol, Lewis (Buku-buku Alice) ;

Kesusasteraan untuk kanak-kanak (gambar:

Through the Looking-Glass ).

UMUM 
PARRISH, MAXFIELD

Parrish, Maxfield (1870–1966) merupakan

pelukis dan pengilustrasi Amerika, yang telah

menggambarkan dunia dengan penuh warna-

warni dan khayalan yang puitis.

UMUM 

Kembali ke atas