Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngim.bang] | ڤڠيمبڠ

Definisi : 1. (alat dll) yg mengimbangi, yg dipakai utk mengimbangi; 2. (Kej) perkakas utk mengatur kemasukan wap dlm enjin supaya kecepatan jalannya enjin itu teratur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngim.bang] | ڤڠيمبڠ

Definisi : alat dsb yg digunakan utk mengimbangi atau mengimbangkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengimbang


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PENGIMBANG KILASAN UMUM 
MONYET TUPAI

Monyet tupai ialah monyet kecil, berwarna

cerah yang hidup dalam kumpulan yang besar.

Kebanyakan kumpulan terdiri daripada 10 ekor

hingga 50 ekor monyet, tetapi sesetengahnya

mempunyai sehingga 500 ekor. Monyet tupai

hidup di hutan di Amerika Tengah dan Amerika

Selatan, dari Costa Rica hingga ke Bolivia. Ia

bergerak pantas di atas pokok dan di tanah,

mencari buah dan serangga untuk dimakan. Ia

menggunakan ekor yang panjang sebagai

pengimbang apabila berdiri atau melompat, tetapi

bukan untuk berpaut. Kebanyakan monyet tupai

membesar kira-kira 30 sentimeter panjangnya,

tidak termasuk ekornya dan beratnya kurang

daripada satu kilogram. Monyet tupai

kebanyakannya berwarna kuning atau kuning

kehijauan. Belakangnya berwarna kelabu abu atau

perang kemerahan dengan warna keemasan atau

hijau buah zaitun. Leher, muka dan dadanya

berwarna putih atau kuning cerah. Hidung dan

bahagian mulutnya yang berbeza ketara dengan

berwarna hitam bulu putih di sekeliling matanya.

Lihat juga Hutan hujan tropika (gambar: Monyet

tupai).

UMUM 
OUTRIGER

Outriger ialah sama ada dua jenis perahu atau

dua jenis peranti perahu. Outriger ialah perahu

yang dayungnya dilekapkan pada outriger

(pendakap) yang terjojol dari bahagian tepi bot.

Pendakap yang dinamakan outriger menopang

dayung. Pendakap membantu meningkatkan

penuilan perahu yang menggunakan dayung. Di

negara-negara sekitar Lautan Hindi dan Pasifik,

outriger ialah kanu dengan sebatang pelampung

yang dilekatkan pada kerangka yang menganjur

dari satu sisi. Tambahan pelampung ini

dinamakan outriger . Pelampung ini merupakan

pengimbang dan mengelakkan kanu itu daripada

terbalik. Kanu yang mempunyai pelampung pada

kedua-dua sisinya dinamakan outriger kembar.

UMUM 

Kembali ke atas