Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngi.na.pan] | ڤڠينڤن

Definisi : 1. rumah dsb tempat menginap (bermalam): mereka telah diberitahu di mana ~ masing-masing; 2. tumpangan utk bermalam: tidak ada seorang pun yg sanggup memberi ~ kpd anak-anak kapal itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngi.na.pan] | ڤڠينڤن

Definisi : 1 tempat menginap: Memang sukar mencari ~ yg murah di bandar ini. 2 perbuatan atau hal menginap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
inap
Kata Terbitan : menginap, penginapan, penginap,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MOTEL

Motel ialah tempat yang menyediakan

kemudahan penginapan terutamanya kepada

pemandu kereta. Kebanyakan motel terletak di

persimpangan jalan besar yang sibuk, di kawasan

pinggir bandar atau berhampiran lapangan

terbang. Semua motel menyediakan kemudahan

letak kereta secara percuma dan tetamu boleh

sampai ke bilik secara terus. Sesetengah motel

mempunyai restoran dan kolam renang.

UMUM 
KARAVAN

Karavan ialah kenderaan beroda yang ditarik

oleh kereta atau trak. Karavan direka bentuk khusus

untuk digunakan sebagai tempat penginapan

sementara sama ada bagi tujuan rekreasi atau

perkhemahan.

UMUM 
KNIGHTS TEMPLARS

Knights Templars ialah ahli satu kumpulan

tentera agama bagi kesatriaan Kristian. Kumpulan

ini telah diasaskan pada kira-kira tahun 1119

di Baitulmaqdis oleh kesateria Perancis, Hugh

des Payens dan Godfrey dari St. Omer. Kumpulan

ini pada mulanya dinamakan “the poor Fellow-

Soldiers of Christ and the Temple of Solomon”

kerana kemiskinan mereka dan penginapan yang

diberikan kepada mereka oleh Raja Baldwin II

dari Baitulmaqdis. Penginapan ini terletak di

laman istana raja yang dikenali sebagai Temple of

Solomon.

UMUM 
TAIPING

TAIPING, pusat pentadbiran di Perak semasa pemerintahan British.  Taiping mengalami perkembangan yang bertambah pesat setelah menjadi ibu kota.  Bai mengendalikan urusan pentadbiran, beberapa infrastruktur telah dibina termasuklah bangunan hospital, balai polis, penjara, gudang, rumah penginapan dan sebagainya.  Kemudahan-kemudahan awam seperti bekalan air bersih, perpustakaan dan sistem perhubungan telegraf turut disediakan.  Perkhidmatan kereta api penumpang juga diperkenalkan di Taiping dan memulakan perkhidmatan antara bandar tersebut dengan Port Weld (kini Kuala Sepetang) pada 12 Februari 1883.  bagi memudahkan kegiatan mengeksport bijih timah melalui Port Weld, pelabuhan tersebut dipertingkatkan agar dapat memberikan kemudahan yang lebih memuaskan.  Sebuah hospital iaitu Hospital Yang Wah yang mempunyai 900 katil telah didirikan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat

Kembali ke atas