Peristiwa Petrov ialah peristiwa yang
dinamakan sempena nama Vladimir Petrov (? –
1991), yang mencetuskan satu kontroversi getir di
Australia . Ia bermula pada tahun 1954, apabila
Perdana Menteri Robert Menzies mengumumkan
bahawa Petrov, seorang pegawai di Kedutaan
Soviet di Canberra, Victoria telah memohon untuk
mendapatkan suaka politik di Australia. Menzies
menyatakan Petrov telah mendedahkan wujudnya
suatu kumpulan pengintip Soviet di Australia.
UTIMUTIRAJA ( ? -1511), saudagar keturunan Jawa dan menjadi penghulu masyarakat Melaka keturunan Jawa di kawasan Upeh. Dia juga dikenal sebagai Timuturaja. Seorang yang bersikap oportunis, dia telah berbaik-baik dengan orang Portugis yang telah ditahan di Melaka kerana didapati mengintip kekuatan tentera dan pertahanan Melaka. Malah seorang daripada wanita Jawa di kawasannya, telah bercinta dengan salah seorang pengintip Portugis itu. Apabila mereka ditangkap dan dipenjarakan, wanita Jawa tersebut telah berenang ke kapal Lopez de Squiera, ketua orang Portugis itu, dan memberitahunya tentang peristiwa itu. Tindakan itu telah membolehkan de Squiera dan beberapa orang pengikutnya melarikan kapalnya dan belayar ke Goa (India) untuk memberitahu Alfonso de Albuquerque tentang peristiwa penangkapan tersebut.
Thanks for clicking. That felt good.