FASA EKSPONEN | Kaedah pengiraan pemboleh ubah reka bentuk turus penyulingan menggunakan graf keseimbangan fasa y - x. Pada paksi menegak, y ialah pecahan mol dalam fasa wap dan pada paksi mendatar, x ialah pecahan mol dalam fasa cecair. | KEJURUTERAAN | Konsep |
ALIRAN BERSIH | Kaedah pengiraan pemboleh ubah reka bentuk turus penyulingan menggunakan graf keseimbangan fasa y - x. Pada paksi menegak, y ialah pecahan mol dalam fasa wap dan pada paksi mendatar, x ialah pecahan mol dalam fasa cecair. Kesemua graf keseimbangan fasa biasanya diberi untuk komponen yang lebih meruap, iaitu komponen yang takat didihnya lebih rendah. Antara pemboleh ubah reka bentuk turus penyulingan yang biasa didapati menggunakan kaedah McCabe-Thiele ialah bilangan peringkat atau dulang, nisbah refluks minimum, bilangan dulang yang minimum, kedudukan peringkat bagi aliran masukan, keperluan duti haba untuk pengulang didih, dan keperluan duti penyejukan untuk kondenser | KEJURUTERAAN | Konsep |
PERATUSAN | Peratusan merujuk kepada pengiraan yang melibatkan perseratus. Anda tentu biasa melihat nombor-nombor seperti 2%, 30% dan 75%. Simbol % tersebut bermakna peratus. Anda juga mungkin terbaca “2 peratus”, “30 peratus”, “75 peratus”, dan sebagainya. Peratus bermakna per seratus. 2% bermakna 2 per seratus, 30% bermakna 30 per seratus, dan 75% bermakna 75 per seratus. Peratus sebenarnya ialah pecahan biasa : 2% ialah 2/100, 30% ialah 30/100, dan 75% ialah 75/100 . Peratus juga ialah pecahan perpuluhan : 2% bersamaan 0.02, 30% bersamaan 0.30, dan 75% bersamaan 0.75. | UMUM | |
KOMPUTER | Komputer ialah mesin yang dapat melakukan pengiraan dan memproses maklumat dengan kadar kelajuan yang mengagumkan dan tepat. Komputer dapat mengendalikan maklumat yang banyak dan menyelesaikan masalah yang rumit. Komputer dapat memproses beribu-ribu data dan menjadikannya maklumat yang berguna dengan cepat dan hampir tepat. Komputer yang paling berkuasa dapat melakukan berbilion pengiraan sesaat. | UMUM | |
NAPIER, JOHN | Napier, John (1550–1617), Laird Merchiston, ialah ahli matematik Scotland. Dia membina cara pengiraan pantas yang digunakan dalam bidang astronomi, trigonometri, pelayaran, pembuatan peta dan pengukuran. Napier menemui cara mendarab nombor dengan mudah, iaitu mencampurkannya dengan nombor lain, serta menyamakan nombor yang dinamakannya logaritma (lihat Logaritma ). Logaritma digunakan untuk menjelaskan secara matematik banyak fenomena semula jadi. Napier juga mencipta “rod” atau “tulang” yang boleh disusun untuk pengiraan aritmetik. Dia lahir berhampiran Edinburgh, Scotland. | UMUM | |
ARITMETIK | Aritmetik memberi jawapan kepada soalan seperti ‘Berapa banyak?’ ‘Berapakah harganya?’ dan ‘Berapa jauh?’ Ia membantu kita mendapatkan cara yang ringkas dan mudah untuk menyelesaikan masalah dengan nombor. Aritmetik kadangkala disebut ‘sains nombor’ dan ‘seni pengiraan’. Ia membentuk satu cabang penting matematik (lihat Matematik ). | UMUM | |
KRONOMETER | Kronometer ialah alat yang menjaga masa dengan amat tepat. Pembuat jam menciptanya untuk kegunaan pada kapal kerana pemandu arah memerlukan jam yang tepat untuk menentukan kedudukan mereka di laut. Ahli astronomi dan ahli sains lain yang memerlukan pengiraan masa yang tepat juga menggunakan kronometer. | UMUM | |
NERVI, PIER LUIGI | Nervi, Pier Luigi (1891–1979) ialah arkitek dan jurutera Itali. Reka bentuknya menggambarkan kepercayaannya bahawa bentuk struktur industri yang praktik mestilah cantik dan anggun berdasarkan reka bentuk yang ringkas. Nervi terlatih sebagai jurutera dan dia berpendapat bahawa kecantikan arkitek mestilah diperoleh berdasarkan pengiraan matematik berbanding dengan pertimbangan estetika. Kerja Nervi mula dikenali apabila dia menggunakan konkrit bertetulang dengan cantik. Dia membina beberapa teknik struktur dengan menggunakan konkrit. | UMUM | |
DUKUN | DUKUN, pengamal pengubatan tradisional. Ada pelbagai jenis dukun antaranya termasuklah dukun bayi (bidan), dukun picit (bomoh urut), dukun prewangan (bomoh yang boleh menghubungi semangat), dukun jalak (mudin), dukun wiwit (pawang yang pakar dalam upacara menuai), dukun temanten (pawang yang arif dalam upacara berhubung dengan perkahwinan), dukun petungan (dukun yang mahir dalam hal ramalan melalui pengiraan angka), dukun sihir dan dukun susuk. | BUDAYA | Konsep |