PSIKOLOGI PENDIDIKAN | Psikologi pendidikan ialah bidang psikologi yang menggunakan pengetahuan dan kaedah psikologi untuk mengkaji proses pengajaran dan pembelajaran. Psikologi pendidikan menggabungkan psikologi dan pendidikan dengan menggunakan pengkajian saintifik ke atas tabiat manusia untuk mencapai matlamat pendidikan. Pengkajian tersebut mendedahkan bahawa guru perlu membantu pelajar untuk belajar. | UMUM | |
ENTOMOLOGI | Entomologi ialah cabang utama bidang zoologi yang berkaitan dengan pengkajian tentang serangga. | UMUM | |
ÅNGSTRÖM, ANDERS JONAS | Ångström, Anders Jonas (1817–1874), ahli fizik dan ahli falak Sweden dan merupakan salah seorang pelopor sains spektroskopi . Sains ini melibatkan pengkajian tentang cahaya dengan menyebarkannya ke dalam spektrumnya (warna-warna unsur). | UMUM | |
SWAMMERDAM, JAN | Swammerdam, Jan (1637–1680) ialah pakar anatomi dan zoologi Belanda. Dia merupakan perintis bidang ilmu anatomi binatang kecil, terutama anatomi serangga. Pemerhatiannya yang teliti tentang cara kehidupan lebah dan maifli merupakan hasil kerja yang klasik. Malahan usahanya mengklasifikasikan serangga menjadi asas pengkajian ilmu entomologi iaitu ilmu kajian serangga. Selain itu, dia adalah antara orang yang mula-mula membuat pemerhatian tentang fisiologi saraf dan otot. | UMUM | |
PERSIS | PERSIS, pertubuhan Islam modenis di Indonesia. PERSIS ialah singkatan Persatuan Islam. Persatuan ini ditubuhkan di Bandung pada 12 September 1923 oleh sekumpulan cendekiawan Islam yang berminat kepada pengkajian dan kegiatan Islam. Sebelum tahun 1926, PERSIS tidak mengamalkan prinsip moden berorganisasi tetapi memupuk pengajian Islam. Pemimpin awalnya ialah Haji Zamzam, seorang guru agama di Sekolah Agama Darul Muta’allimun, Bandung dan Haji Muhammad Junus, seorang pedagang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Persatuan |
PENGAJIAN MELAYU DI JERMAN | PENGAJIAN Melayu DI JERMAN, pusat pengajian bahasa Melayu. Pengajian Melayu di Jerman dilaksanakan oleh universiti atau muzium. Di beberapa universiti di Jerman, ada jurusan yang dinamakan Sudostasienwissenschaften, Malaiologie atau Seminar fur Indonesische Sprachen. Jurusan tersebut mengkaji bidang linguistik, sastera, sejarah, antropologi, ekonomi dan bidang lain di kawasan Asia Tenggara. Selain pengajian Melayu tersebut, terdapat jurusan lain seperti jurusan ilmu politik, ilmu sejarah dan ilmu antropologi/ilmu sosiologi yang juga melaksanakan pengajian yang berhubungan dengan kawasan Asia Tenggara. Sejumlah muzium antropologi memiliki koleksi, menyelenggara dan membiayai pengkajian kebudayaan Melayu. | BAHASA | Institusi/Organisasi |