KOCH, ROBERT | Koch, Robert (1843–1910) ialah doktor Jerman, berjaya menjadikan bakteriologi sebagai satu bidang pengkhususan tersendiri dalam ilmu perubatan. | UMUM | |
NAJIB MAHFUZ | Najib Mahfuz (1911– ) ialah penulis Arab yang agung. Dia pernah menerima Hadiah Nobel dalam bidang kesusasteraan pada tahun 1988. Dia lahir di Kaherah dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Sastera pengkhususan dalam bidang Falsafah dari Universiti Kaherah pada tahun 1934. Najib Mahfuz mula bertugas di jabatan kerajaan sehingga dilantik sebagai pengerusi Lembaga Penapis Karya-karya Seni pada tahun 1959. Kemudian dia dilantik sebagai Ketua Jabatan Perfileman pada tahun 1966. Dia juga dilantik menjadi penasihat Menteri Kebudayaan pada tahun 1968 dan turut menjadi penulis akhbar al-Ahram. | UMUM | |
SAINS BUMI | Sains bumi ialah kajian tentang bumi serta asal usul dan perkembangannya. Bidang ini berkaitan dengan susunan dan struktur bumi serta atmosfera dan airnya. Sains bumi ialah bidang yang sangat luas yang menggabungkan banyak bidang pengkhususan yang berkaitan, termasuk geologi, meteorologi, oseanografi, dan geografi fizikal. | UMUM | |
GORYS KERAF | GORYS KERAF, (1936 - ), ahli bahasa Indonesia. Dia lahir pada 17 November 1936 di Lamalera/Lembata, Nusa Tenggara Timur, Indonesia. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Pertama (SMP) Seminari Hokeng pada tahun 1954 dan Sekolah Menengah Atas (SMA) Syuradikara Ende pada tahun 1958. Keraf melanjutkan pengajiannya di Fakultas Sastra, Universitas Indonesia, Jakarta pada tahun 1959 hingga memperoleh Ijazah Sarjana Sastera jurusan Bahasa Indonesia dengan pengkhususan dalam bidang linguistik pada tahun 1964. | BAHASA | Tokoh |
MOHD. HILMEY MOHD. TAIB, DATO' | MOHD. HILMEY MOHD. TAIB, Dato’ (1953- ), ahli korporat, Ketua Eksekutif Kumpulan PNB (sejak 1995). Dia lahir pada 31 Mei 1953 di Kertau, Chenor, Pahang. Mohd. Hilmey menamatkan pendidikan menengahnya di Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib, Pahang. Dia kemudian melanjutkan pelajarannya di Universiti Malaya dalam bidang perakaunan. Dia memperoleh ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan pengkhususan dalam bidang Perakaunan pada tahun 1976. Pada tahun 1990, dia menerima ijazah Master in Business Administration daripada Cranfield Institute of Technology, United Kingdom. Dia juga seorang Akauntan Awam dan diterima sebagai ahli Malaysian Institute of Accountants pada tahun 1980. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SYED MUHAMMAD NAQUIB AL-ATTAS | SYED MUHAMMAD NAQUIB AL-ATTAS, Tan Sri (1931- ), cendekiawan Islam, ahli falsafah. Beliau lahir pada 5 September 1931 di Bogor, Indonesia. Syed Muhammad Naquib mendapat pendidikan awal di Johor Bahru. Beliau pernah belajar di Royal Military Academy, Sandhurst, England (1952-1955). Sekembalinya dari sana, beliau menyambung pelajaran di Universiti Malaya, Singapura, McGill (MA) University Montreal dan University of London hingga ke peringkat Doktor Falsafah (1966). Bidang pengkhususan pengajiannya tertumpu pada bidang Teologi dan Metafizik Islam. | SASTERA | Tokoh |