Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.li.ba.tan] | ڤڠليبتن

Definisi : perihal melibatkan diri (persatuan dsb) dlm sesuatu hal (perkara dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.li.ba.tan] | ڤڠليبتن

Definisi : perbuatan atau hal melibatkan diri dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penglibatan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TALLCHIEF, MARIA

Tallchief, Maria (1925– ), penari balet wanita

Amerika yang pertama terlatih di peringkat

antarabangsa. Dia terkenal khususnya kerana

keunggulan teknikal tariannya. Tallchief

memulakan penglibatan dengan menyertai

kumpulan balet Ballet Russe de Monte Carlo dari

tahun 1942 hingga 1947, tetapi kerjayanya lebih

dikaitkan dengan New York City Ballet .

UMUM 
MUMTAZ JAAFAR

Mumtaz Jaafar (1962– ), atlet Malaysia. Dia lahir

pada tahun 1962 di Kuala Lumpur. Kerjaya awalnya

ialah pegawai bank. Dia banyak memegang jawatan

utama dalam organisasi sukan olahraga, antaranya

Naib Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia

(KOAM) dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan

Wanita KOAM. Dia kini, menjadi jurulatih khas

untuk pelari pecut negara, Watson Nyambek.

Penglibatan awal Mumtaz dalam sukan olahraga

terutamanya dalam acara lari 100 meter, 200 meter,

4 x 100 meter, dan 4 x 400 meter, bermula

dengan menyertai kejohanan-kejohanan anjuran

Majlis Sukan Sekolah-sekolah Selangor (MSSS)

dan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia

(MSSM). Namanya terus menyinar apabila banyak

meraih kejuaraan tempatan, antaranya juara

Kejohanan Terbuka Kebangsaan, Kejohanan Antara

Bank, dan Kejohanan MAKSAK.

UMUM 
ADAT PERKAHWINAN ORANG SUNGAI

ADAT PERKAHWINAN ORANG SUNGAI, adat perkahwinan yang diamalkan oleh Orang Sungai di daerah Labuan-Sugut, Sandakan dan utara Kinabatangan, Sabah. Calon isteri ditentukan oleh ibu bapa mereka. Malah dalam beberapa keadaan, sesuatu perkahwinan diatur terlebih dahulu sebelum seseorang anak itu dilahirkan. Hingga kini penglibatan ibu bapa dalam urusan perkahwinan masih tidak diketepikan.

           

BUDAYAKonsep
BADAN BERKANUN

BADAN BERKANUN, sebuah perbadanan awam dalam struktur pentadbiran kerajaan. Badan berkanun ditubuhkan oleh kerajaan Persekutuan di bawah undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen, dan oleh kerajaan negeri di bawah enakmen yang diluluskan oleh Dewan Undang Negeri masing-masing. Penubuhan badan berkanun pada umumnya bertujuan untuk membolehkan penglibatan kerajaan secara terus dan lebih berkesan dalam bidang perkhidmatan awam dan pembangunan sosioekonomi yang memerlukan modal yang banyak dan kurang mendapat sambutan daripada sektor swasta. Badan berkanun dijangka akan dapat memainkan peranan yang lebih aktif dan bebas kerana badan tersebut tidak perlu mengikut peraturan biasa yang diamalkan dalam pentadbiran kerajaan, walaupun badan itu diletakkan di bawah kuasa kerjaaan Persekutuan dan kerajaan Negeri.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
ANABAPTIS

Anabaptis merupakan  bentuk sayap radikal

Reformasi tahun 1500-an. Mereka percaya bahawa

gereja merupakan perkumpulan manusia yang

disatukan oleh kepercayaan, penyesalan, ketaatan,

dan disiplin. Oleh itu, pembaptisan sebagai

pembukaan kepada komuniti ini harus dibataskan

kepada pengikut yang sudah cukup matang untuk

memilih menjadi ahli. Orang menamakan mereka

anabaptis ( pembaptis semula ) kerana mereka

membaptis orang dewasa yang telah dibaptis

semasa bayi. Anabaptis mengutuk penglibatan

kerajaan dalam agama, yang akhirnya mencetuskan

idea pemisahan gereja dan negeri.

UMUM 
TEMENGGUNG JUGAH ANAK BARIENG, TUN

TEMENGGUNG JUGAH ANAK BARIENG, Tun (1900-1981), ahli politik. Dia lahir di Nanga Gaat, Kapit, Sarawak. Penglibatan awalnya dalam politik bermula pada 1 Mei 1924, apabila dia dilantik sebagai penghulu. Dia telah mendamaikan permusuhan yang telah lama berlaku antara kaum Iban dengan suku kaum Kayan, Kenyah dan Kajang. Semasa pendudukan Jepun (1941-1945), dia bersama-sama pengikutnya telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menentang tentera Jepun.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
PETRONAS  PETRONAS, perbadanan minyak milik negara yang ditubuhkan pada 17 Ogos 1974 di bawah Akta Syarikat 1965. PETRONAS ialah singkatan Petroleum Nasional Berhad. Perbadanan ini ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia dalam usaha melaksanakan semangat Kongres Ekonomi Bumiputera 1968 dan matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk menyusun semula masyarakat dengan meningkatkan pegangan ekuiti bumiputera dalam sektor korporat. Ini dilakukan melalui penglibatan langsung pemerintah dalam kegiatan ekonomi dengan menubuhkan syarikat-syarikat milik kerajaan.                                                                                                 SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas