PENGUBATAN CARA HOLISTIK | | UMUM | |
ULEK MAYANG | Seni pengubatan penyakit | KESENIAN | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
DOMAGK, GERHAND | Domagk, Gerhand (1895–1964) ialah doktor Jerman yang telah mengenal pasti pengubatan daripada bahan kimia prontosil rubrum, sejenis dadah sulfa. Dia membuktikan yang dadah ini boleh menghapuskan bakteria streptokoki. Bakteria ini boleh menyebabkan jangkitan yang meluas termasuklah sakit tekak, demam merah dan kayap. | UMUM | |
BARASIK | BARASIK, upacara pengubatan tradisional puak Tatana (campuran antara Dusun-Kadazan dengan Cina) yang tinggal di daerah Kuala Penyu, Sabah. | BUDAYA | Konsep |
AJUNG | AJUNG, cara pengubatan tradisional kaum Brunei dan Idahan di Sabah untuk menolak bala. | BUDAYA | Konsep |
BERAYUN | BERAYUN, upacara pengubatan yang terakhir dalam masyarakat Melanau untuk memulihkan pesakit iaitu setelah semua upacara pengubatan dilakukan. Berayun juga disebut sebagai ‘aiyun’ atau ‘payun’. Berayun juga merupakan satu pesta atau suasana manusia bertemu atau berhubung dengan makhluk halus. | BUDAYA | Perayaan/Upacara |
BABAYUH | BABAYUH, pengubatan tradisional yang diamalkan oleh masyarakat Melantau di Sarawak, di daerah Bintulu, upacara bebayuh dikenal sebagai ‘puat’. | BUDAYA | Konsep |
BAGIH | BAGIH, pengubatan tradisional untuk menghalau hantu daripada badan pesakit. Bagih, yang terkenal suatu ketika dahulu di negeri Kelantan diadakan untuk menyembuhkan orang sakit, memulihkan orang yang terkena sihir dan juga untuk mencari benda yang hilang atau yang dicuri orang. | BUDAYA | Konsep |
BERHANTU | BERHANTU, upacara pengubatan yang melibatkan bantuan hantu. Upacara berhantu yang paling ringkas ialah gebiah manakala yang paling kompleks ialah main peteri. | BUDAYA | Perayaan/Upacara |
BEKAM | BEKAM, cara pengubatan tradisional untuk mengeluarkan darah kotor atau angin daripada badan seseorang dengan menuris kepala atau belakang badan dan menghisap darah dengan tanduk atau cawan yang panas yang ditelungkupkan pada tempat yang dituris. | BUDAYA | Konsep |