Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngum.pul] | ڤڠومڤول

Definisi : tempat mengumpulkan sesuatu, orang yg mengumpulkan sesuatu: pusat ~ jati; ~ setem. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngum.pul] | ڤڠومڤول

Definisi : orang yg mengumpulkan sesuatu: ~ setem. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kumpul
Kata Terbitan : berkumpul, mengumpulkan, terkumpul, kumpulan, perkumpulan, pengumpulan, pengumpul,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MENGUMPUL DUIT SYILING

Mengumpul duit syiling adalah salah satu

hobi yang sangat popular di dunia. Kebanyakan

pengumpul duit syiling akan berasa seronok

apabila mencuba mendapatkan set lengkap duit

syiling sesebuah negara atau memperolehi satu

atau lebih duit syiling tertentu. Sesetengah orang

mengumpul duit syiling sebagai karya seni.

Manakala yang lainnya berbuat demikian sebagai

satu pelaburan, iaitu untuk dijual kemudiannya

bagi mendapat keuntungan. Melalui duit syiling

yang dikumpul, seseorang pengumpul dapat

mengetahui perihal orang ternama dan peristiwa

tertentu dalam sejarah sesebuah negara.

UMUM 
ASBJORNSEN, PETER CHRISTEN

Asbjornsen, Peter Christen (1812–1885),

pengumpul cerita rakyat Norway dan juga ahli

alamiah. Dia menjadi masyhur kerana karyanya

bersama-sama Jorgan Moe dalam mengabadikan

dongeng yang diceritakan oleh penduduk

Norway. Koleksi mereka berjudul Norwegian Folk

Tales (1842–1843) menjadi kesusasteraan klasik

Norway dan kesusasteraan dunia. Koleksi itu

meliputi kisah seperti “The Three Billy Goat Gruff”

dan “The Seven Fathers in the House”.

Asbjornsen lahir di Cheristiania (kini Oslo). Dia

menjelajah pantai Norway dan memberi

sumbangan penting dalam bidang botani dan

zoologi.

UMUM 
SHARP, CECIL

Sharp, Cecil (1859–1924) ialah salah seorang

pengumpul utama muzik rakyat Inggeris. Dia

mengembara ke seluruh England, dan ke

Pergunungan Appalachian di Amerika Syarikat,

untuk mendengar muzik rakyat. Sharp lahir di

London. Setelah selesai pengajiannya, dia tinggal

di Australia selama beberapa tahun. Dia kembali

ke England dan menjadi guru muzik di sekolah.

Dia percaya bahawa muzik tradisional Jerman

eksklusif yang diajar di sekolah ketika itu, perlu

ditambah dengan beberapa muzik British. Idea ini

mendorongnya memulakan penyelidikan terhadap

muzik rakyat.

UMUM 
TELESKOP ANGKASA LEPAS HUBBLE

Teleskop Angkasa Lepas Hubble ialah

teleskop pemantul yang dibina sebagai balai cerap

dalam orbit. Cermin pengumpul cahayanya yang

utama mempunyai diameter 240 sentimeter. Agensi

angkasa lepas Amerika Syarikat, The National

Aeronautics and Space Administration (NASA), telah

melancarkan teleskop ini di atas kapal bolak-balik

angkasa lepas pada bulan April 1990. Teleskop ini

dinamakan sempena nama ahli astronomi Amerika,

Edwin P. Hubble (lihat Hubble, Edwin Powell) .

UMUM 
BUCK, FRANK

Buck, Frank (1884–1950), pengumpul hidupan

liar Amerika. Dia mengelilingi dunia mencari

binatang untuk zoo dan sarkas.

UMUM 
MENGUMPUL BUKU

Mengumpul buku ialah hobi yang popular.

Orang mengumpul buku kerana beberapa sebab.

Ramai orang mengumpul buku kerana mereka

gemar membaca dan suka mengumpul barang.

Sesetengah pengumpul berminat kepada perkara

tertentu atau pengarang. Sesetengah orang

mengumpul buku kerana kecantikan buku itu.

Sesetengah orang pula mengumpul buku kerana

berharap buku mereka akan bertambah nilainya

dan menjadi pelaburan yang baik.

UMUM 
ZAKARIA HITAM (1912-      ), budayawan, pengumpul dan penulis sastera rakyat.  Dia lahir pada 20 Jun 1912 di Kampung Benta, Pekan, Pahang.  Dia lebih dikenali  dengan panggilan Pak Zek.  Zakaria mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Langgar, Sekolah Inggeris Pekan dan Sekolah Clifford di Kuala Lipis, Pahang.  Dia lulus peperiksaan Senior Cambridge pada tahun 1937.  Pada tahun 1954, dia lulus peperiksaan undang-undang bagi Pegawai perkhidmatan Melayu (MCS) dan dua tahun kemudian (1956) dia mendapat diploma dalam Public Administation dan diploma dalam bidang Secretarial Practice (Local Government). Dia memulakan kariernya sebagai kerani biasa di Jabatan Kerajaan.  Dia pernah menjadi pegawai RIDA, setiausaha kepada Menteri Besar Pahang dan akhirnya menjadi pegawai kerja di Pejabat Tanah dan Galian negeri Pahang sehinggalah dia bersara pada 31 Disember 1970.SASTERATokoh
MENGUMPUL SETEM

Mengumpul setem ialah salah satu daripada

hobi mengumpul yang paling popular di dunia.

Orang muda, orang tua, orang kaya, dan orang

miskin di setiap negara mengumpul setem.

Mengumpul setem pernah dikenali sebagai “hobi

raja dan raja segala hobi”. Raja George V dari

England, Presiden Amerika Syarikat, Franklin D.

Roosevelt, dan ramai lagi tokoh terkemuka,

mengumpul setem. Pengumpul setem dikenali

sebagai ahli filateli. Nama tersebut berasal daripada

dua perkataan Yunani, philos yang bermaksud

penyayang, dan atelos, yang bermaksud bebas

daripada cukai, atau berbayar. Setem ialah tanda

pengeposan atau cukai telah dibayar.

UMUM 
KAMUS BESAR BAHASA INDONESIA

KAMUS BAHASA BESAR INDONESIA, kamus baku dan terkini bagi tahap bahasa Indonesia. Kamus ini memuatkan sebanyak 62 100 kata masukan, mengandungi 19 halaman awalan dan 1090 halaman teks yang disusun oleh para pakar dan pengumpul data dari Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Indonesia, dan diterbitkan oleh Balai Pustaka, Jakarta pada tahun 1988. Kamus ini dilancarkan penerbitannya ketika berlangsungnya Kongres Bahasa Indonesia ke-5 dalam suasana peringatan Hari Sumpah Pemuda ke-60.

BAHASAPenerbitan

Kembali ke atas