Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngun.di] | ڤڠوندي

Definisi : 1. orang yg mengundi: bilangan ~ yg berdaftar di seluruh Tanah Melayu dijangka meningkat hingga tiga juta orang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngun.di] | ڤڠوندي

Definisi : 1 orang yg mengundi. 2 sesuatu (spt kertas) yg digunakan utk mengundi. ~ hantu pengundi tidak berdaftar yg muncul dgn tiba-tiba dlm sesuatu pilihan raya, pengundian dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
undi
Kata Terbitan : mengundi, undian, pengundian, pengundi,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PUNGUTAN SUARA

Pungutan suara ialah pengundian oleh rakyat

tentang sesuatu persoalan. Pungutan suara

memberi peluang kepada semua pengundi di

sesebuah negara atau wilayah untuk membuang

undi bagi menentukan dasar kerajaan atau

cadangan undang-undang yang baru. Dalam

pungutan suara, pengundi hanya menyokong atau

menentang sesuatu cadangan. Kadangkala

pungutan suara juga dikenali sebagai plebisit .

UMUM 
AQUINO, BENIGNO

Aquino, Benigno (1932–1983), pemimpin politik

Filipina dan penentang bekas Presiden Filipina,

Ferdinand Marcos. Aquino dibunuh pada tahun

1983. Pembunuhan ini mengejutkan rakyat Filipina.

Pengundi Filipina telah memilih balunya, Corazon

Aquino, sebagai Presiden pada tahun 1986 (lihat

Aquino, Corazon ).

UMUM 
POPULISME

Populisme ialah pergerakan politik Amerika

yang mencapai puncak kekuatannya pada tahun

1890-an. Populis ini mendesak supaya kerajaan

menambah penawaran wang, memperketatkan

peraturan kerajaan terhadap perniagaan, dan

perubahan lain yang dipercayai boleh membantu

golongan petani dan buruh. Selain itu, mereka juga

melaungkan pembaharuan untuk meningkatkan

kuasa politik pengundi. Ramai pemimpin

pergerakan ini terdiri daripada tokoh pelbagai

warna kulit yang meniupkan keresahan di kalangan

orang ramai dengan ucapan yang membangkitkan

semangat.

UMUM 
ARISTIDES

Aristides (530?–468? S.M.) yang dikenali sebagai

“Just” ialah negarawan dan pemimpin tentera

Athens. Dia adalah pesaing kepada Themistocles,

yang ingin menjadikan Athens sebagai satu kuasa

tentera laut. Aristides berpendapat bahawa

memang baik sekali Athens mengekalkan tentera

darat yang berkuasa berbanding dengan tentera

laut, kerana tentera darat mengalahkan tentera

Parsi dalam pertempuran Marathon pada tahun

490 S.M. Isu antara mereka berdua telah

diputuskan oleh orang ramai pada tahun 482 S.M.

Mengikut adat, orang Athens mengundi sama ada

Aristides atau Themistocles harus dinyahkan

(dibuang negeri). Setiap pengundi menulis salah

satu nama di atas ostrakan (sekeping tembikar).

Aristides kalah undi dan dibuang negeri.

UMUM 

Kembali ke atas