POTRET PANJANG SEORANG PENGUNJUNG PANTAI SANUR | POTRET PANJANG SEORANG PENGUNJUNG PANTAI SANUR, kumpulan karya Abdul Hadi W.M. Kumpulan puisi ini memuatkan 39 buah puisi yang ditulis antara tahun 1967 hingga 1972. Melalui puisi-puisinya dalam kumpulan ini Abdul Hadi menampilkan fenomena alam dan kekuasaan Tuhan. Bagi Abdul Hadi semua kejadian ini bersumber kepada kekuasaan dari kemuliaan Allah, yang mencipta alam dan isinya. | SASTERA | Karya |
MIAMI | Miami, Florida (pend. 358 548; pend. kaw. met. 1 937 094) ialah bandar raya peranginan Amerika Syarikat yang terkenal di dunia. Kawasan rekreasinya dan cuaca yang panas menarik ramai pengunjung. Iklimnya yang menyegarkan telah menarik ramai pesara dari seluruh Amerika Syarikat berpindah ke sini. Walau bagaimanapun pada tahun 1990-an, serangan terhadap orang asing yang dilakukan oleh penjenayah tempatan yang mendapat publisiti besar-besaran, telah menjejaskan imej Miami sebagai sebuah pusat pelancongan. Miami terletak di Teluk Biscayne, di pantai tenggara Florida, iaitu di muara Sungai Miami, kira-kira enam kilometer ke barat Lautan Atlantik. | UMUM | |
PULAU LAMBAY | Pulau Lambay ialah sebuah pulau kecil di Laut Ireland, di luar pantai kaunti Dublin, Ireland. Ia mempunyai kawasan seluas lebih kurang 21 kilometer persegi. Pulau ini dikenali sebagai tempat perlindungan burung. Pulau ini milik peribadi dan pengunjung mesti mendapatkan kebenaran khusus. Lambay merupakan tempat serangan pertama orang Viking terhadap Ireland pada tahun 790-an. Pulau ini mempunyai runtuhan benteng yang dibina semenjak tahun 1500-an. | UMUM | |
TAMAN TEMA | Taman tema ialah pusat hiburan luar yang menawarkan aktiviti tunggangan, permainan, pameran, dan pertunjukan yang berdasarkan satu atau lebih idea istimewa, atau tema. Penggunaan tema merupakan perbezaan utama di antara taman tema dan taman hiburan tradisional. Taman hiburan menawarkan pilihan pelbagai jenis hiburan, seperti pengenderaan roller-coaster , roda ferris, kuda pusing, dan permainan sampingan termasuk baling kelapa, dan galeri sasar. Taman tema menawarkan hiburan berkaitan antara satu sama lain dengan idea yang biasa seperti hidupan liar, pengembaraan angkasa, atau cara manusia hidup pada zaman silam. Di dalam taman hiburan, pengunjung perlu membayar untuk setiap permainan, tunggangan, atau hiburan lain secara berasingan. Di dalam taman tema, pengunjung biasanya membayar sekali gus untuk masuk dan menyertai semua acara permainan dan hiburan. | UMUM | |
NEVADA | Nevada (pend. 1 206 152) ialah negeri di barat Amerika Syarikat. Ia adalah satu-satunya negeri di Amerika Syarikat yang mempunyai undang-undang yang membenarkan hampir segala jenis perjudian di seluruh negerinya. Kasino perjudian mewah di Tasik Tahoe, Las Vegas, dan Reno menarik ramai pengunjung dari merata dunia. Dari segi keluasan, Nevada merupakan salah satu negeri Amerika Syarikat yang terbesar, tetapi jumlah penduduknya adalah antara yang terkecil berbanding dengan negeri-negeri lain. Bandar terbesar dan pusat utama tarikan pelancong ialah Las Vegas, manakala Reno ialah bandar kedua terbesar. | UMUM | |
TASIK TAUPO | Tasik Taupo, terletak hampir-hampir di tengah Pulau Utara, merupakan tasik yang paling besar di New Zealand. Lebarnya 27 kilometer di tempat yang paling lebar; dan panjangnya 40 kilometer. Sungai Waikato, iaitu sungai paling panjang di New Zealand, mengalir dari Tasik Taupo. Bandar Taupo, iaitu pusat perikanan trout, terletak berhampiran pinggir utara tasik ini. Di sebelah selatannya, para pengunjung dapat melihat puncak-puncak gunung berapi Tongariro, Ruapehu, dan Ngauruhoe. Mata air panas terbit dari bumi di banyak tempat di sepanjang pesisir utara dan selatan tasik ini. | UMUM | |
SAPPORO | Sapporo (pend. 1 542 979) ialah ibu negeri Hokkaido, pulau yang paling utara di Jepun. Ia terletak di bahagian barat pulau berhampiran Teluk Otaru. (Lihat Jepun [peta politik]). Sapporo dibina pada tahun 1871, dan dibentuk berdasarkan bandar di negara Barat. Ia menjadi pusat pembuatan dan kebudayaan pulau itu. Keluarannya meliputi kain jerami, barangan getah, susu pekat dan kacang soya yang diproses. Tarikan utama Sapporo meliputi Hokkaido University dan taman bunganya yang khusus kepada flora alpin. Penduduk dan pengunjung menikmati cerun ski yang terletak di subbandar dan mata air panas Jozãnkei, 18 kilometer ke barat daya bandar. Pada tahun 1972, Sukan Olimpik Musim Sejuk berlangsung di Sapporo. | UMUM | |
MUZIUM BRITISH | Muzium British, di London, adalah antara muzium agung kebangsaan yang paling tua. Koleksi yang dipamerkan adalah antara yang terbaik di dunia. Muzium ini ditubuhkan pada tahun 1753 melalui akta Parlimen selepas Sir Hans Sloane, doktor British dan juga ahli botani mewasiatkan kesemua koleksinya kepada negara. Muzium ini dibuka pada 15 Januari 1759, di Montagu House, West End; London. Pada tahun 1847, bangunan baru telah menggantikan Montagu House dan penambahan koleksi telah dilakukan semenjak tarikh tersebut. Muzium British menarik lebih empat juta pengunjung setiap tahun. | UMUM | |