Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ni.laian] | ڤنيلاين

Definisi : perihal atau perbuatan menilai, pentaksiran: menurut ~ saya, cerpennya yg terbaharu lebih berjaya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ni.laian] | ڤنيلاين

Definisi : per­buatan atau hal menilai; penaksiran: Tiap-tiap orang membuat ~ yg berbeza. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nilai (kata nama)
1. Bersinonim dengan harga: kimah, aji,

2. Bersinonim dengan kadar: nisbah, skala, ukuran, timbangan,

3. Bersinonim dengan mutu: kualiti, darjat, darjah, harkat,

Kata Terbitan : bernilai, menilai, nilaian, penilaian,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PENILAIAN UMUM 
KRITIKAN

Kritikan ialah analisis dan penilaian terhadap

karya seni. Kritikan cuba menterjemah dan menilai

karya tersebut, dan mengamati kepada prinsip

yang dapat difahami. Kritikan ialah cubaan untuk

mempertingkat piawai yang tinggi dalam kalangan

artis dan usaha untuk menggalakkan seni. Ia juga

membantu masyarakat terus sedar akan nilai karya

seni dahulu dan masa kini.

UMUM 
PSIKOLOGI PERINDUSTRIAN

Psikologi perindustrian berkaitan dengan

orang ramai di tempat kerja. Ia dikenali juga

sebagai psikologi personel . Bidang yang berkait

rapat dengannya ialah psikologi organisasi . Secara

tradisinya, ahli psikologi perindustrian telah

membuat penilaian terhadap perbezaan antara

pekerja dan telah mengukur mutu kerja

perseorangan. Ahli psikologi organisasi cuba

memahami bagaimana fungsi bekerja dalam

sesebuah organisasi dan bagaimana pula fungsi

organisasi dalam sesebuah masyarakat.

UMUM 
RESENSI BUKU

Resensi buku ialah rencana yang diterbitkan

dalam surat khabar atau majalah berkala yang

mengumumkan penerbitan buku baru,

menerangkan isi buku itu, dan menilainya. Nilai

resensi buku bergantung kepada pengetahuan dan

kemampuan orang yang membuat resensi dan juga

keadilannya dalam membuat penilaian terhadap

buku tersebut. Oleh sebab itu, pembuat resensi

harus mempunyai pengetahuan yang luas tentang

subjek buku yang diperkatakan itu, kebolehan

menganalisis karya, dan standard kritikan yang

tinggi. (Lihat Kritikan ).

UMUM 
KURIKULUM SEKOLAH MALAYSIA

KURIKULUM SEKOLAH MALAYSIA, skop dan isi kandungan mata pelajaran sekolah. Kurikulum sekolah di Malaysia merangkumi perkara seperti sukatan pelajaran, perancangan dan pelaksanaan pendidikan, penilaian dan matlamat pendidikan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
PERUBATAN SUKAN

Perubatan sukan ialah satu bidang perubatan

yang menyediakan penjagaan kesihatan bagi orang

yang selalu aktif dari segi fizikal. Tujuan utamanya

adalah untuk mengurangkan risiko terhadap

kecederaan dan untuk merawat secara berkesan

sebarang kecederaan sekiranya ia berlaku.

Perubatan sukan berasaskan pengetahuan yang

sedia ada pada beberapa pakar, termasuk doktor,

pelatih-pelatih olahraga, pakar fisiologi, dan juga

pendidik jasmani. Pakar tersebut akan menolong

menentukan jenis latihan yang perlu dilaksanakan

untuk membantu para atlet mempersembahkan

prestasi terbaik masing-masing tanpa mengalami

sebarang kecederaan. Pakar perubatan sukan ini

juga akan membuat penilaian tentang kaedah

melatih para atlet, penguatkuasaan segala peraturan

bagi mencegah kecederaan, dan juga reka bentuk

dan penggunaan peralatan olahraga dan

kemudahan.

UMUM 
MOKHTAR YASSIN

MOKHTAR YASSIN (1937-    ), penyair dan penulis. Dia lahir pada 29 Mac 1937 di Sungai Rambai, Melaka. Dia menerima pendidikan awal di sekolah Melayu, sebelum melanjutkan pelajaran di Sultan Idris Training College (SITC), Tanjung Malim (1956) dan Maktab Perguruan Bahasa, Kuala Lumpur (1959). Kemudian dia melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang hingga memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera. Dia juga berkesempatan mengikuti Kursus Penilaian Sekolah di Australia Council for Educational Research, di Melbourne.

SASTERATokoh

Kembali ke atas