ASPIRIN | Aspirin, juga dikenali sebagai asid asetilsalisilik , ialah salah satu ubat yang paling biasa digunakan di dunia. Ia membantu melegakan sakit akibat pening dan artritis dan mengurangkan demam akibat infeksi. Ia juga melegakan radang yang disebabkan oleh penyakit atau kecederaan. Di samping itu, aspirin mengganggu pembekuan darah, dan dengan itu ia berguna bagi mencegah serangan jantung, sesetengah strok dan gangguan-gangguan lain yang melibatkan pembekuan darah. Ia adalah ramuan aktif dalam banyak jenama dagang, pelega sakit tanpa preskripsi. | UMUM | |
SEMBELIT | Sembelit ialah keadaan apabila usus tidak membuang bahan sisa semudah biasa. Orang yang sembelit tidak dapat membuang air besar dengan teratur, dan mungkin berasa sakit atau usus besarnya lemah. Mereka mungkin berasa pening kepala dan sakit tulang belakang. Sembelit boleh disebabkan oleh otot usus yang lemah atau kontraksi otot usus yang kuat tidak tetap. Sembelit juga boleh berlaku apabila seseorang sering mengambil julap atau tidak mengambil jenis makanan tertentu secukupnya, terutama makanan yang mengandungi serat. Sembelit juga boleh menimbulkan sakit yang tisu atau saraf usus, seperti ketumbuhan yang menyekat menjejaskan sebahagian usus kecil. | UMUM | |
MABUK KETINGGIAN | Mabuk ketinggian ialah penyakit yang dialami pada altitud yang tinggi oleh orang yang biasa tinggal di altitud yang rendah. Ia juga dikenali sebagai mabuk gunung . Mabuk ketinggian ini disebabkan oleh keadaan yang terdedah pada tempat tinggi yang relatifnya mempunyai tekanan oksigen yang rendah. Simptomnya termasuklah sesak bernafas, pening kepala, pola tidur terganggu, loya, penglihatan kabur, kurang dengar, berat kepala, dan mudah lupa. Dalam sesetengah kes, seseorang akan muntah apabila mengalaminya. | UMUM | |
ANEMIA | Anemia ialah keadaan jumlah sel darah merah yang sihat berkurangan di bawah paras normal. Sel darah merah mengambil oksigen di dalam paru-paru dan membawanya ke tisu-tisu di seluruh badan. Di sana, oksigen digabungkan dengan makanan untuk mengeluarkan tenaga. Dalam diri orang yang mengalami anemia, darah tidak dapat membekalkan tisu dengan oksigen yang mencukupi. Maka orang itu berasa lemah atau letih. Simptom lain ialah pening, sakit kepala, kulit pucat atau sejuk, degupan jantung yang deras, dan kesukaran bernafas. | UMUM | |