Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nin.ju] | ڤنينجو

Definisi : 1. tinju, penumbuk: ~nya diangkat ke atas tinggi-tinggi; 2. orang yg meninju; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nin.ju] | ڤنينجو

Definisi : 1 orang yg meninju. 2 genggaman tangan utk meninju; tinju. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tinju
Kata Terbitan : peninju, bertinju, meninju, petinju,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ROSE, LIONEL

Rose, Lionel (1948– ) ialah peninju Orang Asli

Australia. Dia menjadi juara tinju bantam weight

dunia pada tahun 1968. Dia menewaskan peninju

Jepun, Masahiko “Fighting” Harada

mengikut kiraan mata dalam perlawanan untuk

merebut gelaran ini di Tokyo. Kemenangan ini

adalah yang ke-16 berturut-turut bagi Rose.

Dengan kemenangan ini, dia memenangi 28

daripada 30 pertandingan profesional. Dia hilang

gelarannya kepada peninju Mexico, Ruben

Olivares, di Mexico pada tahun 1969.

UMUM 
MARCIANO, ROCKY

Marciano, Rocky (1923–1969), peninju Amerika,

yang menjadi juara tinju heavyweight dunia dari

tahun 1952 hingga tahun 1956. Dia bersara pada

tahun 1956 selepas memenangi kesemua 49

perlawanan profesionalnya.

UMUM 
ARMSTRONG, HENRY JACKSON, JNR.

Armstrong, Henry Jackson, Jnr. (1912–1988)

ialah satu-satunya peninju yang telah merangkul

tiga gelaran kejohanan dunia pada satu masa.

Armstrong, warga Amerika yang memenangi

gelaran featherweight pada tahun 1937, dan

welterweight dan lightweight pada tahun 1938. Dia

menguasai bahagian welterweight dan berjaya

mempertahankan gelarannya sebanyak 19 kali.

Pada bulan Oktober 1939, gaya serangannya yang

bertubi-tubi serta kecergasannya yang tinggi telah

mengakhiri lima cabaran yang berasingan empat

daripada pencabarnya tumbang dengan pukulan

knock-out. Dia kehilangan gelaran tahun 1940.

UMUM 

Kembali ke atas