Sisyphus ialah pengasas kota Corinth dalam
mitologi Yunani. Dia adalah penipu yang terkenal
yang sanggup memperdayakan dewa-dewa
sekalipun.
Thug ialah ahli persatuan lama di India yang
membunuh atas nama agama. Istilah Thug berasal
daripada bahasa Hindustan yang bermaksud
penipu atau samseng . Ahli persatuan Thug ini
membunuh dan merompak mangsa mereka untuk
memuliakan Kali, iaitu dewi kemusnahan yang
juga isteri Dewa Shiva.
Mercury ialah utusan tuhan dan dewa
perjalanan dalam mitologi Rom. Orang Rom
purba turut memuja Mercury sebagai dewa
perdagangan, harta, dan kekayaan. Perkataan
commerce, merchandise dan merchant berkait
rapat dengan namanya.Orang Rom menganggap
Mercury agak licik dan mengelirukan, serta
seorang penipu atau pencuri. Penjenayah
menganggapnya sebagai pelindung mereka.
Mercury menyerupai dewa Hermes dalam
mitologi Yunani.
Mephistopheles ialah syaitan dalam legenda
Jerman pada seorang ahli sihir bernama Faust.
Dalam buku The History of Johann Faust (1587)
yang tidak diketahui penulisnya, Faust menjual
rohnya kepada Mephistopheles sebagai tukaran
untuk mendapatkan perkhidmatan syaitan selama
24 tahun. Nama Mephistopheles mungkin berasal
daripada perkataan Yunani yang bermaksud tidak
menyukai cahaya atau mungkin juga daripada
perkataan Hebrew mephiz (pemusnah) atau tophel
(penipu).
Thanks for clicking. That felt good.