Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ni.puan] | ڤنيڤوان

Definisi : 1. perbuatan menipu: sukatan dan ukuran piawai dapat mencegah ~; 2. perkara (kejadian) menipu: berbagai-bagai cerita tentang ~ telah dilaporkan kpd polis; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ni.puan] | ڤنيڤوان

Definisi : 1 perbuatan atau hal menipu. 2 kejadian menipu: Polis sedang menyiasat ~ yg dilaporkan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tipu
Kata Terbitan : tipuan, menipu, tertipu, penipuan, penipu,

Peribahasa

Yang bingung makanan yang cerdik,
     yang tidur makanan yang jaga.

Bermaksud :

Orang yang bodoh itu menjadi mangsa penipuan orang yang cerdik. (Peribahasa lain yang sama makna: Bingung makanan si cerdik, orang tidur makanan si jaga).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AQUINO, CORAZON

Aquino, Corazon (1933– ), presiden wanita

yang pertama bagi Filipina. Dia memegang jawatan

presiden dari tahun 1986 hingga tahun 1992. Dia

menggantikan Presiden Marcos. Kedua-dua Aquino

dan Marcos mendakwa kemenangan dalam pilihan

raya penuh dengan penipuan dan keganasan. Tetapi

Marcos lari ke luar negara apabila ramai rakyat

Filipina yang disokong oleh pegawai tentera,

menuntut perletakan jawatannya. Aquino kemudian

menjadi presiden.

UMUM 
NABI SYU‘IB A.S.

Nabi Syu‘ib a.s. ialah salah seorang daripada

kalangan nabi yang diutuskan oleh Allah SWT

kepada penduduk Madyan. Baginda telah berusaha

sedaya upaya menyeru mereka mengesakan Allah

SWT, menasihati mereka agar meninggalkan

penipuan dan helah jahat dan mendorong mereka

agar berlaku adil dan saksama serta berkelakuan

baik.

UMUM 
PERANG TANDING

Perang tanding ialah satu bentuk pertarungan

bersenjata antara dua orang. Ia dijalankan

mengikut satu set undang-undang atau peraturan

dan biasanya dilakukan dengan kehadiran

beberapa orang saksi. Sejak zaman dahulu

hinggalah pada tahun 1800-an, golongan atasan

biasanya menyelesaikan persengketaan peribadi

dengan menggunakan senjata. Biasanya mereka

menggunakan pedang atau pistol. Perang tanding

boleh berpunca daripada pertelingkahan

mengenai harta, menuduh seseorang sebagai

pengecut, gangguan terhadap keluarga atau

maruah peribadi, serta penipuan dalam perjudian.

UMUM 

Kembali ke atas