SHILLING POKOK PAIN | Shilling pokok pain ialah duit syiling perak yang ditempa oleh penjajah Amerika di Boston, dalam Tanah Jajahan Massachusetts Bay, dari Shilling pokok pain ialah duit syiling perak yang ditempa oleh penjajah Amerika di Boston, dalam Tanah Jajahan Massachusetts Bay, dari shilling pokok pain. | UMUM | |
KOLONIALISME | KOLONIALISME ialah sebuah sistem yang satu masyarakat atau negara (kuasa penjajah) mengawal rakyat dan sumber sesuatu tempat yang lain, koloni. Lazimnya, koloni terletak di seberang laut dan jauh daripada kuasa penjajah. Oleh itu, kuasa penjajah akan menghantar rakyat negaranya untuk menetap di koloni itu untuk mentadbir, dan seterusnya menyedut perlahan-lahan segala sumber kekayaan yang ada. | UMUM | |
ZIONISME | Zionisme ialah satu gerakan politik penjajah yang dinisbahkan kepada (dinamakan sempena) orang Yahudi yang mempunyai sifat fanatik perkauman. Gerakan ini ditubuhkan untuk menyelesaikan masalah orang Yahudi serta membuka jalan kepada mereka untuk kembali ke tanah air asal mereka serta berhijrah ke Palestin, yang mereka dakwa sebagai tanah air mereka yang sah dari segi sejarah dan agama. Atas keinginan inilah, mereka bergerak cergas bermetodekan penjajahan untuk mendirikan negara Yahudi di Palestin. | UMUM | |
SELKIRK, EARL OF | Selkirk, Earl of (1771–1820) ialah penjajah Scotland yang telah membuka Kanada Barat untuk petempatan pada awal tahun 1800-an. Dia telah menubuhkan Tanah Jajahan Sungai Merah, iaitu petempatan awal, kini dikenali sebagai Manitoba (lihat Manitoba ). | UMUM | |
AUSTIN, STEPHEN FULLER | Austin, Stephen Fuller (1793–1836) merupakan penjajah Amerika. Pada tahun 1820-an, dia memulakan koloni Amerika yang pertama, sekarang ini dipanggil Texas. Kawasan ini adalah sebahagian daripada Mexico pada waktu itu. | UMUM | |
MONTS, SIEUR DE | Monts, Sieur de (1560?–1630?), penjelajah dan penjajah Perancis, yang menubuhkan petempatan penduduk di wilayah Acadia Kanada. Dia mempunyai minat dalam bidang perniagaan bulu binatang, penemuan baru, dan pelayaran. Sieur de Monts ialah rakan karib Raja Henry IV Perancis. Henry IV melantik Monts menjadi leftenan jeneral dan gabenor Acadia. | UMUM | |
PERANG MISLUN | Perang Mislun atau Maysalun ialah peperangan orang Syria dengan penjajah Perancis. Perancis dan British telah membahagikan negara Syam kepada Syria, Lubnan, Palestin dan Jordan selepas Perang Dunia I (1914–1918 M.) mengikut Perjanjian Sykes–Picot. Perancis menjajah kawasan pantai Syria manakala bahagian pedalaman Syria diperintah oleh al-Amir Faysal. Perancis yang ingin menguasai keseluruhan Syria, telah menghantar Jeneral Gourand untuk berbincang dengan al-Amir Faysal. Dia meminta al-Amir Faysal menerima penyatuan Syria yang akan dibuat oleh Perancis dan beberapa permintaan lainnya. Kabilah-kabilah Arab di Syria menolaknya. Ini memaksa Jeneral Gourand memberi amaran secara bertulis kepada al-Amir Faysal supaya menerima tuntutan itu. Kerajaan al-Amir Faysal menerima amaran itu walaupun kabilah Arab tetap menolak tuntutan Perancis. | UMUM | |
YANKEE DOODLE | Yankee Doodle ialah sebuah lagu yang popular di Amerika semenjak zaman penjajah. Rentaknya rentak lama. Lagu ini mungkin bermula di selatan Eropah pada Zaman Pertengahan. | UMUM | |
ROBERVAL, SIEUR DE | p> Roberval, Sieur de (1500?–1560?) ialah salah seorang daripada peneroka dan penjajah pertama Perancis di Kanada. | UMUM | |
AGUINALDO, EMILIO | Aguinaldo, Emilio (1869–1964) ialah pemimpin penting dalam perjuangan Filipina menentang pemerintahan penjajah Sepanyol dari 1897 hingga tahun 1901. | UMUM | |