Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.ja.ja.han] | ڤنجاجهن

Definisi : perihal atau perbuatan menjajah (sesebuah negeri atau kawasan lain): dia berjuang utk menamatkan ~ di negeri itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.ja.ja.han] | ڤنجاجهن

Definisi : perbuatan menjajah: Mereka telah berjuang mati-matian menentang ~ Inggeris. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jajah
Kata Terbitan : menjajah, terjajah, jajahan, penjajahan, penjajah,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MAT SALLEH

Mat Salleh ( ? –1900), penentang penjajahan

British di Sabah.

UMUM 
SASTERA SUKUAN INGGERISSastera yang wujud di Malaysia setelah penjajahan Inggeris.SASTERAKonsep
MAT KILAU

Mat Kilau (1847– ? ), pahlawan Pahang yang

menentang penjajahan British di Pahang.

UMUM 
REVOLUSI FILIPINA

penentangan penjajahan Sepanyol dan Amerika di Filipina

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
SUTAN SJAHRIR

Sutan Sjahrir (1909–1966), pemimpin awal

dalam memperjuangkan kemerdekaan rakyat

Indonesia daripada penjajahan Belanda. Sjahrir

berkhidmat sebagai Perdana Menteri Indonesia

dari tahun 1945 hingga tahun 1947.

UMUM 
ANTIGUA

Antigua (pend. 15 801), yang dahulunya Antigua

Guatemala, ialah ibu negara Guatemala pada

zaman penjajahan. Ia diasaskan pada tahun 1543.

Bandar ini terletak di barat Guatemala City, ibu

negara Guatemala kini (lihat Guatemala [peta]).

Pada tahun 1773, gempa bumi telah memusnahkan

Antigua. Ibu negaranya dipindahkan ke tempatnya

kini pada tahun 1776. Puing-puing akibat gempa

bumi ini menjadi tarikan ramai pelancong.

UMUM 
PIZARRO, FRANCISCO

Pizarro, Francisco (1478?–1541) ialah penakluk

Sepanyol. Penaklukannya terhadap empayar Inca

membuka jalan kepada penjajahan Sepanyol

hampir ke seluruh Amerika Selatan.

UMUM 
SUCRE, ANTONIO JOSÉ DE

Sucre, Antonio José de (1795–1830), tokoh yang

membebaskan Ecuador dan Bolivia daripada

penjajahan Sepanyol dan memegang jawatan sebagai

presiden pertama Bolivia. Dia ialah jeneral yang

paling berkebolehan pada zamannya. Kemenangannya

di Ayacucho pada tahun 1824 menamatkan

pemerintahan Sepanyol di Amerika Selatan.

UMUM 
KUDARAT, SULTAN

Kudarat, Sultan (1600?–1671), ketua orang Islam

Filipina yang menentang penjajahan Sepanyol di

Mindanao. Dia dikenali sebagai seorang pejuang,

namun kekuatan utamanya adalah dalam bidang

perancangan ketenteraan.

UMUM 
OTTO I

Otto I (1815–1867) ialah putera Bavaria, yang

menjadi raja Greece yang pertama selepas negara

itu bebas daripada penjajahan Turki pada tahun

1830 [lihat Greece (Otto I)].

UMUM 
12345

Kembali ke atas