Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. keterangan (yg lebih jelas), huraian: Ali meminta ~ sebab-sebab per­buatan adiknya; 2. penyelesaian (pekerjaan, pembayaran hutang, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 keterangan yg lebih lanjut: Ia meminta ~ drpd gurunya sekali lagi. 2 perbuatan atau hal menjelaskan; penerangan. 3 penyelesaian ttg hutang atau pekerjaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jelas (adjektif)
1. Bersinonim dengan terang: nyata, ketara, pasti, jali, curai, izhar, jaleh,
Berantonim dengan kabur

2. Bersinonim dengan lunas: selesai, langsai, habis, beres, impas,

Kata Terbitan : berjelas-jelas, menjelaskan, kejelasan, penjelasan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GEDUNG PENJELASAN UMUM 
RUMAH PENJELASANInstitusi ekonomiEKONOMI DAN PENGURUSANInstitusi/Organisasi
MOTT, SIR NEVILL

Mott, Sir Nevill (1905– 1996), ahli fizik British

yang pakar dalam penjelasan fizik mengenai sifat

pepejal. Dia berkongsi Hadiah Nobel bagi bidang

fizik pada tahun 1977. Kajian awalnya adalah

berkenaan logam dan semikonduktor yang

digunakan untuk membuat transistor. Dia juga

membuat kajian mengenai mekanisme yang

menyebabkan imej pendam (imej yang tidak

berkembang sepenuhnya) terbentuk pada filem

fotografi. Mott lahir di Liverpool dan mendapat

pendidikan di Bristol dan Cambridge. Dia

mendapat anugerah kesateria pada tahun 1962.

UMUM 
SITOLOGI

Sitologi ialah kajian tentang struktur dalaman

dan organisasi sel. Kajian mikroskop struktur

sel dapat memberi penjelasan tentang proses

pembahagian sel, dan menjadi asas kepada kajian

genetik (lihat Genetik). Kajian ini juga menunjukkan

bahawa setiap struktur mempunyai fungsi

tersendiri, dan setiap aktiviti sel berkaitan dengan

perubahan pada kandungan kimia yang

membentuk sel tersebut. Sitokimia ialah kajian

tentang aktiviti bahan kimia di dalam sel. Lihat juga

Sel.

UMUM 
MEKANIK KUANTUM

Mekanik kuantum ialah satu bidang fizik yang

menerangkan struktur atom dan pergerakan zarah

atom. Ia juga menerangkan bagaimana atom

menyerap tenaga dan memancarnya semula sebagai

cahaya, dan seterusnya ia juga memberi penjelasan

tentang sifat cahaya.

UMUM 
ASAS AL-BALAGHAH

Asas al-Balaghah ialah nama sebuah kamus

perkataan Arab. Ia dikarang oleh al-Zamakhsyari.

Nama asal al-Zamakhshari ialah Mahmud ibn Umar.

Dia menyusun kamus ini dengan cara yang

berbeza berbanding penulis kamus sebelumnya.

Perbezaan yang jelas ialah susunan perkataan,

penjelasan makna perkataan dan keterangannya

mengikut cara konteks.

UMUM 
ORANG KANAQ

ORANG KANAQ, suku kaun Orang Asli daripada kelompok Melayu Asli atau Melayu Proto yang terdapat di negeri Johor. Istilah ‘kanaq’ diperkenalkan oleh masyarakat ini tanpa sebarang penjelasan maksud. Mereka bertutur dalam dialek Kanaq di kalangan mereka dan menggunakan bahasa Melayu ketika berkomunikasi dengan orang luar.

Sejarah Asal Usul Orang Kanaq dari sebuah pulau di Kepulauan Riau, Indonesia dan dipercayai berhijrah ke Johor lebih kurang dua abad yang lalu. Mereka mengakui Kepulauan Riau merupakan tanah asal mereka dan mendakwa mempunyai saudara-mara di sana. Seramai 150 orang Kanaq dikatakan melarikan diri daripada orang Belanda ketika Belanda menyerang kerajaan Riau. Oleh sebab mereka menjadi hamba kepada Sultan Riau, mereka bersama-sama Sultan Riau melarikan diri ke Tanah Besar dan mendarat di Johor.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum

Kembali ke atas