Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.ji.lid] | ڤنجيليد

Definisi : 1. tukang jilid; 2. sesuatu yg di­gunakan utk menjilid: mesin ~ buku; gam ~ buku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.ji.lid] | ڤنجيليد

Definisi : orang yg menjilid; tukang jilid. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penjilid


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TANDA BACA

Tanda baca ialah tanda-tanda tertentu yang

digunakan dalam tulisan dan cetakan untuk

menjelaskan maksud penulis.

Tulisan awal dan cetakan awal mempunyai tanda

untuk menunjukkan tanda baca. Tetapi tanda itu

digunakan mengikut kehendak penulis dan

mengikut tanda yang ada dalam mesin pencetak.

Orang Yunani purba, misalnya, sering

menggunakan koma bertitik untuk menggantikan

tanda tanya moden. Percetakan dan tanda baca

bertambah baik dengan pesat pada tahun 1400-an

dan tahun 1500-an, khususnya di Itali. Dalam

tempoh ini, Aldus Manutius, seorang pencetak dan

penjilid buku Itali, mula menggunakan pelbagai

tanda dengan lebih sistematik. Usahanya

membentuk asas kepada tanda baca yang

digunakan pada hari ini dalam banyak sistem

bahasa bertulis.

UMUM 
KUALA PILAH PRESS

KUALA PILAH PRESS,  percetakan Melayu.  Kuala Pilah Perss ditubuhkan pada tahun 1934 oleh Abdul Ghani Abdullah. Mulai tahun 1935 hingga tahun 1975, percetakan ini menjalankan kerja mencetak serta menerbitkan buku dengan hanya menggunakan dua buah mesin cetak jenis ‘Platen Handfit’ atau ‘Letter Press’ dan sebuah mesin penjilid.

SASTERAInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas