PENJUAL BUNGA | | UMUM | |
NOMBOR PIAWAI BUKU ANTARABANGSA | Nombor piawai buku antarabangsa (ISBNInternational Standard Book Number) ialah sekumpulan sepuluh nombor untuk mengenal pasti buku dan penerbitnya. Nombor piawai buku antarabangsa, dikenali juga sebagai ISBN, memudahkan proses memesan buku. Penjual buku, pustakawan, dan lain-lain yang mengendalikan jumlah buku yang besar boleh menghantar dan menerima pesanan lebih cepat menggunakan ISBN. | UMUM | |
KESEIMBANGAN PASARAN | Keseimbangan pasaran ialah keadaan apabila kuantiti yang diminta oleh pengguna sama dengan kuantiti yang ditawarkan oleh penjual pada suatu tingkat harga yang tertentu. | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Konsep |
PERUSAHAAN OTOMOBIL KEDUA (PERODUA) | Perusahaan Otomobil Kedua (PERODUA) ialah pengeluar kereta nasional yang kedua. PERODUA ditubuhkan pada tahun 1993. Syarikat PERODUA mengandungi Perodua sebagai syarikat induk, Perodua Manufacturing Sdn. Bhd. sebagai pengilang dan Perodua Sales Sdn. Bhd. sebagai syarikat pengedar dan penjual. | UMUM | |
THA'ALABIY, ABU MANSUR AL- | Tha‘alabiy, Abu Mansur al- (350–429 H./961– 103 M.), sasterawan, ahli bahasa, pengkritik, dan pengarang buku ‘ Yatimah al-Dahr’. Dia lahir di Naisabur. Nama penuhnya ialah ‘Abd al-Malik ibn Muhammad ibn Isma’il Abu Mansur al-Tha‘alabiy. Tha‘alabiy seorang penjual pakaian bulu haiwan dan penjahit kulit musang. Oleh itu, dia digelar al- Tha‘alabiy sebagai satu sandaran kepada pekerjaannya. | UMUM | |
ANTRAKS | Antraks ialah penyakit berjangkit yang teruk yang menjangkiti binatang ternakan. Penyakit ini dapat juga dihidap oleh manusia. Ia berpunca daripada sejenis bakteria, iaitu Bacillus anthracis. Pada manusia, penyakit ini lazimnya bermula sebagai pekung pada kulit. Tetapi kumannya dapat juga disedut melalui udara dan menjangkiti paru-paru. Manusia mendapat penyakit ini melalui pendedahan kepada haiwan yang dijangkiti atau produk haiwan. Orang yang biasanya dijangkiti penyakit ini ialah penjual daging, pengembala, orang yang terlibat dengan kerja memproses benang bulu biri, dan doktor haiwan. Peraturan yang menetapkan cara menangani produk binatang berjaya mengurangkan berlakunya antraks pada manusia. | UMUM | |
PEKAN SARI | PEKAN SARI, institusi pasar tradisional masyarakat tani yang diadakan seminggu sekali. Pekan sari juga merupakan institusi ekonomi dan sosial dan sebagai tempat pertemuan penjual dan pembeli. | BUDAYA | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
MUHAMMAD SIRAJ HAJI MUHAMMAD SALIH | MUHAMMAD SIRAJ HAJI MUHAMMAD SALIH ( ? - ? ), penerbit dan penjual buku Melayu yang terbesar di Singapura pada akhir abad ke-19. Muhammad Siraj berketurunan Jawa dari Rembang. Bapa dan abangnya, Yahya, bergiat dalam bidang perniagaan percetakan sejak tahun 1870-an. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
ABU NUWAS | Abu Nuwas (129 H.–198 H./747 M.– 814 M.), salah seorang penyair terkenal pada abad ke-2 H. Nama sebenarnya ialah al-Hasan ibn Hani’. Dia lahir di daerah al-Ahwaz, Iraq dan meninggal dunia di Baghdad. Ibunya juga kelahiran al-Ahwaz. Bapanya ialah seorang tentera Khalifah Marwan ibn Muhammad dan dia merupakan penduduk Damsyik. Abu Nuwas mempunyai dua orang saudara, iaitu Abu Muhammad dan Abu Mu‘adh. Ketika bapanya meninggal dunia, Abu Nuwas masih kecil dan berusia enam tahun. Setelah itu, dia dibawa oleh ibunya ke Basrah dan menyerahkannya kepada seorang penjual minyak wangi dan kemudian menghantarnya belajar di sebuah sekolah. Di sini dia mula mengenali seorang penyair yang suka berjenaka bernama Walibah ibn al-Habbab. Dia mendidik Abu Nuwas sehingga besar. | UMUM | |