NATION, CARRY AMELIA MOORE | Nation, Carry Amelia Moore (1846–1911), terkenal kerana usaha kerasnya untuk memberhentikan penjualan alkohol di Amerika Syarikat dari tahun 1880-an sehingga dia meninggal dunia. Walaupun dia selalu ditangkap kerana mengganggu ketenteraman, namun ramai orang yang tertarik dengan keikhlasan dan keberaniannya. Sesetengah orang menganggapnya sebagai tidak bertolak ansur. Dia mengetengahkan perjuangan yang sederhana itu daripada peringkat pendidikan kepada tingkat tindakan, dan seterusnya membantu mewujudkan larangan penjualan alkohol peringkat kebangsaan pada tahun 1919. (Lihat Larangan ). | UMUM | |
EKSAIS | Eksais ialah cukai terhadap pembuatan, penjualan, atau penggunaan barangan atau perkhidmatan, yang dikenakan oleh kerajaan. | UMUM | |
TELEPRINTER SAHAM | Teleprinter saham ialah petunjuk elektronik yang menunjukkan pembelian dan penjualan stok dan saham. Ia selalunya terpapar di skrin video. Petunjuk ini mencatatkan setiap urus niaga termasuk nama syarikat yang menerbitkan saham, bilangan saham yang terlibat, dan saham yang dibeli atau dijual. | UMUM | |
PERNIAGAAN TANI | Perniagaan tani ialah kumpulan industri yang terlibat dalam pengeluaran, pengangkutan, pemprosesan, pengedaran, dan penjualan hasil ladang. Ia juga melibatkan perniagaan yang membekalkan petani dengan barangan dan perkhidmatan seperti jentera, benih, baja, bahan kimia pertanian, kredit, dan maklumat pengurusan. | UMUM | |
SYARIKAT SAHAM BERSAMA | Syarikat saham bersama ialah satu bentuk organisasi perniagaan yang memperoleh dana melalui penjualan stok saham (modal syarikat) kepada sekumpulan individu bagi menjalankan perniagaan. Syarikat ini banyak ditubuhkan pada tahun 1600-an dan tahun 1700-an ialah pelopor syarikat dan perbadanan moden yang terdapat pada hari ini (lihat Perbadanan; Syarikat). | UMUM | |
SYARIKAT | Syarikat ialah perusahaan perniagaan tempat manusia bekerja bersama-sama untuk tujuan pengilangan, pembelian, atau tempat penjualan barangan, atau tempat penyediaan perkhidmatan. Hampir di kesemua negara, ada akta syarikat, undang-undang yang mengawal syarikat untuk memastikannya menjalankan perniagaan dengan cara yang betul. Umumnya, akta syarikat mendorong manusia yang mahu memulakan syarikat membuat permohonan formal. Jika permohonan diterima, syarikat akan didaftarkan di pejabat kerajaan. | UMUM | |
ARBITRAJ | Arbitraj ialah pembelian satu aset pada harga kurang nilai di satu pasaran dan penjualan aset tersebut pada harga lebih nilai di satu pasaran yang lain. | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Konsep |
MESIN DAFTAR TUNAI | Mesin daftar tunai ialah mesin yang merekod dan memaparkan amaun jualan. Kebanyakan mesin daftar tunai mempunyai laci untuk menyimpan wang tunai. Apabila juruwang merekodkan sesuatu jualan dalam mesin daftar tunai, harga pembelian tertera di jendela paparan di mesin tersebut. Mesin daftar tunai ini juga mencetak resit butiran yang mencatatkan rekod penjualan untuk kegunaan pelanggan. | UMUM | |