Antigraviti ialah daya penolakan yang
hipotetikal. Antigraviti diperikan dalam sesetengah
cerita fiksyen sains tetapi tidak diperhati oleh ahli
sains. Pada teorinya, antigraviti menyerupai graviti
kecuali ia menyebabkan objek menolak, bukan
menarik satu sama lain. Contohnya, graviti di bumi
menarik objek ke arah pusat planet. Tetapi
antigraviti, jika wujud, akan menolak objek dari
pusat bumi. Ini bermakna objek tidak jatuh ke
bumi, tetapi “jatuh” ke atas.
Siklosporin ialah sejenis ubat yang digunakan
untuk menentang penolakan tubuh terhadap tisu
atau organ yang dipindahkan. Ubat ini dihasilkan
oleh kultur fungus, Tolypocladium inflatum. Ahli
imunologi Switzerland, Jean Borel telah
menemui khasiat perubatan dalam siklosporin
pada tahun 1972. Ubat ini telah terbukti berkesan
dalam pembedahan pemindahan jantung, hati,
pankreas, tulang sumsum, buah pinggang,
dan juga paru-paru. Penggunaan siklosporin
dapat menurunkan kekerapan berlakunya
kerumitan dan kematian akibat pembedahan
tersebut.
Ambivalens ialah istilah psikiatrik bagi
perasaan atau fikiran yang bercanggah tentang
diri sendiri, orang lain atau sesuatu situasi.
Perasaan ambivalens yang paling biasa termasuk
cinta dan benci, penerimaan dan penolakan, serta
penguasaan dan penyerahan.
Thanks for clicking. That felt good.