SWETTENHAM, SIR FRANK | Swettenham, Sir Frank (1850–1946) ialah pentadbir British yang diakui sebagai “bapa dan pengasas Malaya moden”. Pada tahun 1874, dia telah dilantik sebagai penolong residen (penasihat) negeri Selangor. Mulai dari tahun seterusnya, kerjayanya tertumpu pada Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Dia mendakwa supaya diberi penghormatan kerana mewujudkan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Dia ialah Residen Jeneral yang pertama bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dari tahun 1896 hingga tahun 1900. Pada tahun 1901, dia dilantik sebagai Gabenor Negeri-Negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Tanah Melayu. Dia bersara pada tahun 1904. | UMUM | |
AL-ANSAR | Al-Ansar, golongan yang membantu Nabi Muhammad SAW semasa berhijrah di Madinah. Dari segi bahasa, al-Ansar bermaksud penolong atau pembantu yang berasal daripada perkataan Arab, ”nasara”. | AGAMA | Bangsa/Suku/Kaum |
H.M. ROHAIZAD | H.M. ROHAIZAD (1926-1961), pelakon dan penolong pengarah filem Melayu di Studio Jalan Ampas, Singapura. Dia lahir pada bulan Disember 1926. Nama sebenarnya ialah Syed Mohd. Hamid bin Syed Muhammad al-Sagoff tetapi lebih dikenal dengan panggilan Wan Chik di kalangan seniman. Dia menggunakan nama H.M. Rohaizad sejak melangkah ke dunia perfileman di Shaws Malay Film Production Ltd., Singapura pada 7 Januari 1953. | BUDAYA | Tokoh |
NERACA | NERACA, majalah tulisan Jawi yang diterbitkan pada tahun 1911 di Singapura. Pengarang majalah ini ialah Haji Abbas Mohd. Taha, bekas penolong pengarang al-Imam dan juga sahabat kepada Syekh Tahir Jalaluddin. Dia juga telah mengambil alih pengurusan Matbaah al-Imam pada tahun 1908. Majalah ini diterbitkan ekoran pemberhentian majalah al-Imam. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Penerbitan |
SYED NASIR ISMAIL, TUN | Syed Nasir Ismail, Tun (1921–1982) ialah tokoh bahasa dan ahli politik. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Bandar Tinggi, Batu Pahat, Johor. Kemudian, dia melanjutkan pelajaran di Government English School, Batu Pahat dan lulus Senior Cambridge pada tahun 1938. Setelah menamatkan pelajaran pada peringkat menengah, dia memasuki Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjung Malim dan mengambil kursus Penolong Nazir sekolah-sekolah. | UMUM | |
RAJA UDA RAJA MUHAMED, TUN | RAJA UDA RAJA MUHAMED, Tun (1894-1976), Gabenor Pulau Pinang yang pertama (1957-1967). Raja Uda, yang berketurunan Daeng Celak, dilahirkan di Tembok, Kuala Langat, Selangor. Setelah tamat pendidikannya di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Raja Uda berkhidmat di pejabat gabenor di Singapura. Pada tahun 1919, Raja Uda telah dipindahkan ke Kajang sebagai penolong pegawai daerah. Kemudian dia dipindahkan ke beberapa daerah lain dalam perkhidmatan yang sama, antaranya di Kuantan, Kuala Selangor, Kuala Pilah dan Jugra. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
BROWN C.C. | BROWN, C.C. (? - ? ), pengkaji bahasa Melayu berbangsa British. Nama sebenarnya ialah Charles Cuthbert Brown. Dia pernah berkhidmat sebagai hakim di Parit, pelatih kepada pegawai di Pejabat Tanah di Taiping, Penolong Pegawai Daerah Parit, Residen British di Pahang, dan Penasihat British di Terengganu. | BAHASA | Tokoh |
NORMAN, LILITH | Norman, Lilith (1927– ), penulis buku kanak- kanak Australia, mendapat pujian kerana gaya penulisannya yang benar dan berterus terang dalam novelnya. Novelnya yang pertama, Climb a Lonely Hill (1970), memperkatakan tentang masalah kanak- kanak yang ketagihan arak. Novelnya yang lain termasuk The Shape of Three (1971), The Flame Takers (1973), Mocking-Bird Man (1977), A Dream of Seas (1978), dan My Simple Little Brother (1979). Norman lahir dan menuntut di Sydney dan dilatih sebagai pustakawan. Dia menjadi penolong editor School Magazine pada tahun 1970. | UMUM | |
S. WOJOWASITO | S. WOJOWASITO (1919 – 1983), ahli bahasa dan ahli falsafah Indonesia. Nama sebenarnya ialah Soewojo Wojowasito. Dia lahir pada 5 Januari 1919 di solo, Jawa Tengah, Indonesia. Dia menamatkan pelajarannya di AMS Afdeling AI (Algemene Middelbare School, Afdeling Maleise/Javaanese Taal-en Letterkunde) pada tahun 1939. Dari tahun 1939 hingga tahun 1942, dia menjadi penolong kepada Profesor Dr. C.C. Berg untuk mengumpulkan data tentang bahasa-bahasa di Jawa (Merak hingga Banyuwangi). Pada tahun 1950, dia meneruskan pengajiannya di Fakultas Sastra dan Filsafat, Universitas Indonesia, dan lulus sebagai Sarjana Sastra dan Filsafat pada tahun 1954. Dia juga lulus Sarjana Sastra Jawa dan Indonesia dari universiti yang sama pada tahun 1956. | BAHASA | Tokoh |
LEMBAGA MALAYA | LEMBAGA MALAYA, akhbar Melayu. Akhbar ini diterbitkan pada tahun 1934 oleh Onn bin Ja’afar dan Syed Omar Albar. Lembaga Malaya ialah akhbar mingguan dan diterbitkan pada setiap hari Isnin, di North Bridge Road, Singapura. Akhbar ini mempunyai 36 halaman dengan menggunakan tulisan Jawi. Pengarang utamanya ialah Onn bin Ja’afar dan dibantu oleh Syed Ja’afar Albar, sebagai penolong pengarang bahagian agama Islam. Akhbar ini menjadi salah satu bahan bacaan yang penting bagi masyarakat Melayu di selatan Tanah Melayu pada waktu itu. | SASTERA | Penerbitan |