Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tolong
Kata Terbitan : bertolong-tolongan, menolong, pertolongan, penolong,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ABDUL RAHMAN ANDAK, DATUK SERI AMAR DIRAJA

Abdul Rahman Andak, Dato’ Seri Amar Diraja Johor (1850-1930) ialah pembesar Johor yang menentang kemasukan British ke Johor. Beliau dibesarkan di Teluk Belanga, Singapura.  Abdul Rahman mendapat pendidikan di England. Beliau kembali ke Johor dan bertugas sebagai kerani di Jabatan Setiausaha Kerajaan pada tahun 1878. Kemudian, beliau menjadi penterjemah di jabatan yang sama sebelum dilantik sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan pada tahun 1886.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
ABDUL KADIR SHAMSUDDIN, TAN SRI

Abdul Kadir Shamsuddin, Tan Sri (1920-1978), Ketua Setiausaha Negara (1970-1976). Beliau dilahirkan pada 3 November 1920 di Kajang, Selangor. Beliau bertugas sebagai penolong pegawai pos sebaik tamat belajar pada tahun 1939. Abdul Kadir memperoleh biasiswa dan melanjutkan pengajian dalam bidang ekonomi di Raffles College, Singapura.  Selepas itu, beliau mengikuti kursus undang-undang di Bristol University, England atas tajaan Queen’s Scholarship. Pada tahun 1954, beliau menyambung pengajian di Yale University, Amerika Syarikat setelah mendapat Fullbright Exchange Fellowship.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
OTHMAN SULAIMAN

OTHMAN SULAIMAN (1952 – 1992), penulis dan penterjemah. Dia lahir pada 2 April 1925 di Enggor, Perak. Dengan kelulusan Cambridge School Certificate (1941) dan Higher School Certificate (1958), Othman bertugas sebagai kerani di Jabatan Pelajaran Perak pada tahun 1946. Pada awal tahun 1950-an, dia bertugas sebagai guru bahasa Inggeris dan penterjemah di Maktab Pengurusan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Dari tahun 1958 hingga tahun 1959, Othman berkhidmat sebagai setiausaha Lembaga Pelajaran Negeri Perak. Pada 1 Disember 1959, dia dipinjamkan ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan bertugas sebagai penolong pengarang. Pada tahun 1968, dia dilantik sebagai pengarang hinggalah dia bersara pada tahun 1977.

BAHASATokoh

Kembali ke atas