SMITH, CECIL CLEMENTI | pentadbir British di Tanah Melayu | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
MOHD YUSUF AHMAD, DATO | pentadbir, pendidik, penulis dan pejuang kebangsaan dalam penulisan dan pendidikan. | BAHASA | Tokoh |
RASHDAN BABA, TAN SRI | pentadbir akademik dan tokoh korporat | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
EMIN PASHA | Emin Pasha (1840–1892) ialah pentadbir kolonial Jerman dan penjelajah di Afrika. Dia memberi sumbangan penting kepada pengetahuan geografi tentang Sudan dan Afrika Tengah. | UMUM | |
SWETTENHAM, SIR FRANK | Swettenham, Sir Frank (1850–1946) ialah pentadbir British yang diakui sebagai “bapa dan pengasas Malaya moden”. Pada tahun 1874, dia telah dilantik sebagai penolong residen (penasihat) negeri Selangor. Mulai dari tahun seterusnya, kerjayanya tertumpu pada Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Dia mendakwa supaya diberi penghormatan kerana mewujudkan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Dia ialah Residen Jeneral yang pertama bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dari tahun 1896 hingga tahun 1900. Pada tahun 1901, dia dilantik sebagai Gabenor Negeri-Negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Tanah Melayu. Dia bersara pada tahun 1904. | UMUM | |
BUSH, VANNEVAR | Bush, Vannevar (1890–1974) ialah jurutera elektrik dan pentadbir penyelidikan sains Amerika Syarikat yang terkenal. | UMUM | |
ONN JAAFAR, DATO' | Onn Jaafar, Dato’ (1895–1962), nasionalis, ahli politik dan pentadbir. Dia lahir di Bukit Gambir, Muar, Johor. Ayahnya, Dato’ Jaafar Muhammad (1868-1919) adalah Menteri Besar Johor yang pertama. | UMUM | |
ANDROS, SIR EDMUND | Andros, Sir Edmund (1637–1714) ialah tentera dan pentadbir Inggeris. Pada tahun 1686, dia menjadi gabenor beberapa buah koloni Amerika Utara, yang dinamakan Dominion of New England. Dia ke Hartford, Connecticut, untuk menuntut piagam yang memberi kepada mereka hak untuk mentadbir sendiri koloni itu. Mereka enggan menyerahkannya. Mengikut legenda, mereka menyembunyikan piagam itu di dalam sebatang pokok, yang kemudian dinamakan Piagam Oak. | UMUM | |
NATIVE SCHOOL | NATIVE SCHOOL, sekolah latihan bagi anak-anak ketua anak negeri di Sabah. Sekolah ini ditubuhkan pada 1 Julai 1915. Tujuan sekolah vernakular pemerintah Syarikat Berpiagam Borneo Utara yang pertama di Sabah ini ditubuhkan adalah untuk memberi pendidikan peringkat rendah, khusus kepada anak-anak ketua anak negeri yang bakal menjadi pentadbir dan penghubung antara pentadbir Syarikat Berpiagam Borneo Utara dengan peribumi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
CHEK DA DATO' SERI NARA WANGSA | CHEK DA DATO’ SERI NARA WANGSA (1882-1934), pentadbir tradisional kerajaan Terengganu. Dia lahir pada 18 Jun 1882 di Terengganu. Nama penuhnya ialah Chek Da Umar bin Chek Mohd. Ali bin Abdul Rahim. Ayahnya Chek Mohd Ali bergelar Dato’ Seri Nara Wangsa gelaran kebesaran pembesar dan pentadbir tradisional kerajaan Terengganu. Chek Mohd. Ali, pentadbir yang akhir sekali memakai gelaran Dato’ Seri Nara Wangsa, kerana selepas peranan Dato’ Mata-Mata diberikan kepada Chek Da Umar, dia tidak lagi memakai gelaran Dato’ Seri Nara Wangsa. Gelaran baharu yang diberikan kepadanya ialah Dato’ Seri Andika Raja. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |