PENTADBIRAN ISLAM DI SINGAPURA | PENTADBIRAN Islam DI SINGAPURA, sistem pentadbiran mengenai hal ehwal agama Islam di Singapura. Sebelum kemerdekaan Singapura pada tahun 1965, sistem pentadbiran agama Islam tidak dilaksanakan secara menyeluruh. Tahap keberkesanannya juga gak terhad. Pada masa itu, terdapat dua badan utama yang menguruskan pentadbiran tentang hal ehwal agama Islam iaitu Muslim and Hindu Endowments Board (1906) dan Muslim Advisory Board (1915). Walau bagaimanapun, kedua-dua badan ini hanya mampu menggariskan sistem pentadbiran agama secara umum. | BUDAYA | Institusi/Organisasi |
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM | ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM, undang-undang Islam yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri dan berkuat kuasa di setiap negeri di Malaysia, kecuali di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan. Di kedua-dua wilayah ini, undang-undang ini dikenal sebagai Akta Pentadbiran Hukum Islam kerana diluluskan oleh Parlimen. | BUDAYA | Perjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan |
PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA | PENTADBIRAN Islam DI Malaysia, pengurusan hal ehwal yang berhubung dengan agama Islam yang meliputi bidang akidah, ibadah, pendidikan agama, undang-undang keluarga, kepimpinan agama, dakwah dan akhlak umat Islam di negara ini. | BUDAYA | Institusi/Organisasi |
WILAYAH PERSEKUTUAN | Pusat pentadbiran kerajaan. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
RAPE | Rape, kawasan pentadbiran di Sussex, England | UMUM | |
SHIRE | Shire ialah kawasan pentadbiran bagi negeri-negeri Anglo-Saxon pada zaman awal England. Shire mempunyai sempadan yang tetap dan terdiri daripada daerah kecil yang dikenali sebagai hundreds. Ketua pegawai shire dikenali sebagai reeve atau shire-reeve. Perkataan sheriff berasal daripada gelaran ini. Banyak kaunti di England mengekalkan perkataan shire pada namanya dan banyak sempadan kaunti mengikut sempadan shire lama. Perkataan shire kadangkalanya dirujuk secara bersama untuk kaunti masa kini. Shire juga merupakan nama seekor kuda penarik beban yang pertama kali dibiak baka di Shire Midland, England. Lihat juga Kaunti; Kuda. | UMUM | |
ARCHON | Archon ialah ketua pegawai pentadbiran yang terpenting di Athens purba. Selepas tahun 683 S.M., setiap archon memegang jawatan selama setahun. Pada mulanya archon terdiri daripada golongan bangsawan yang kaya-raya dan mereka dipilih menjadi archon. Selepas tahun 487 S.M., archon dipilih melalui undi. Pegawai-pegawai yang lain ialah raja , polemarch dan enam orang thesmothetae . Pegawai ini kadangkala dikenali juga sebagai archon. Lihat juga Areopagus. | UMUM | |
PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG TUBUH NEGERI | Undang-undang pentadbiran negeri-negeri. | UNDANG-UNDANG | Akta |
DERBY | Derby (pend. 7727), ialah pusat pentadbiran bagi wilayah Kimberley di Australia Barat. Wilayah Derby Kimberley Barat meliputi kawasan seluas 164 329 kilometer persegi. Derby terletak di King Sound, 2400 kilometer melalui jalan raya ke timur laut Perth. | UMUM | |
KANTON | Kanton merupakan pembahagian kawasan pentadbiran dalam beberapa negara di Eropah. | UMUM | |