| OXFORDSHIRE | Oxfordshire ialah sebuah kaunti pertanian di selatan tengah England dengan pemandangan alam yang tidak tercemar, kampung-kampung yang cantik, dan rumah-rumah bersejarah yang menarik ramai pelancong. Ia terkenal kerana Oxford, iaitu pusat pentadbirannya, mempunyai salah sebuah universiti yang tertua dan terhebat di dunia. Sungai Thames mengalir ke arah timur melalui kaunti ini. Untuk lokasi Oxfordshire, lihat England (peta politik) | UMUM | |
| BESUT | BESUT, daerah di bahagian utara negeri Terengganu. Mengikut cerita lisan, Besut ialah nama ketua Orang Asli yang tinggal di situ. Besut telah menyerahkan pentadbirannya kepada Che Abdul Latiff dengan pertukaran segantang mata kail dan permata. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
| ARTHUR, SIR GEORGE | Arthur, Sir George (1784–1854) ialah leftenan gabenor Van Diemen’s Land (kini Tasmania) dari tahun 1824 hingga tahun 1836. Dia menyokong pengangkutan dan mencuba mentadbirkan tanah jajahannya sebagai petempatan penjenayah. Dia tidak mempedulikan hak politik peneroka bebas dan sering kali menyebabkan mereka memusuhinya. Dia tidak suka akan kritikan dan mencuba menapis akhbar apabila dasar-dasar dan pentadbirannya diserang melalui akhbar. Pada tahun 1825, Van Diemen’s Land menjadi koloni yang terpisah daripada New South Wales dan mempunyai Majlis Perundangannya sendiri. Arthur mendirikan sebuah perkhidmatan awam yang cekap dan banyak berusaha menumpaskan perompakan di tanah jajahan tersebut. | UMUM | |
| DUNGUN | DUNGUN, sebuah daerah di Terengganu, yang terletak di timur laut Semenanjung Malaysia. Luasnya 2735 km persegi dan mempunyai lebih kurang 85 000 orang penduduk. Pusat pentadbirannya di Kuala Dungun. Mengikut sejarah, pada tahun 1365, negeri Terengganu termasuk daerah Dungun terletak di bawah takluk kerajaan Majapahit. Sebagai daerah pesisir Laut China Selatan, Dungun terkenal di kalangan pedagang asing semenjak dahulu kala lagi terutama dari China dan seluruh Nusantara. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
| PEMANCA | PEMANCA, satu gelaran atau jawatan penting dalam pemerintahan Kesultanan Melayu Brunei. Bagi Negara Brunei Darussalam, gelaran pemanca wujud dalam sistem pentadbirannya sejak pemerintahan Kesultanan Melayu Islam pada awal abad ke-13. Mengikut salasilah raja-raja Brunei, gelaran Pangeran Pemanca mula diadakan pada masa pemerintahan Sultan Hassan (m.m. 1582 – 1598). Sebelum baginda, gelaran wazir yang ada warisan daripada Sultan Muhammad Syah (Awang Alak Betatar) ialah bendahara dan temenggung. Sultan Hasan menambah dua orang lagi wazir, iaitu Pengeran Digadong dan Pangeran Pemanca. Daripada bukti lisan dan Syair Awang Semaun, gelaran pangeran sebelum gelaran wazir mungkin diterapkan dalam adat diraja Brunei sezaman dengan Sultan Muhammad Syah. Gelaran itu dipercayai adalah pengaruh Majapahit di Jawa. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Jawatan/Gelaran |
| GETAH (RISDA) | Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Getah (RISDA) ialah agensi berkanun yang bertanggungjawab terhadap rancangan penanaman semula getah. RISDA adalah singkatan Rubber Industry Smallholder’s Development Authority atau Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Getah. RISDA ditubuhkan pada 1 Januari 1973 di bawah Undang-undang Malaysia (85) 1972, Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah. Sebelum itu, ia dikenali dengan nama Lembaga Perusahaan Tanam Semula Getah (LPTSG) yang terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Perusahaan Utama. Pada tahun 1978, RISDA diletakkan di bawah Kementerian Kemajuan Tanah dan Wilayah. Manakala pada tahun 1992, pentadbirannya diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. | UMUM | |