DINKA | Dinka ialah kaum penternak lembu di Afrika Tengah. Mereka merupakan kumpulan etnik kulit hitam yang terbesar di Sudan. Lebih kurang dua juta orang Dinka tinggal di dataran selatan Sudan. | UMUM | |
ARCHER | Archer ialah keluarga penjelajah dan penternak yang menguasai sejarah perintisan di selatan dan tengah Queensland, Australia. Kira-kira pada tahun 1841, sembilan orang adik-beradik Archer menubuhkan syarikat Archer Brothers di daerah Teluk Moreton. Mereka ialah David, William, Charles, John, Thomas, Colin, James, Archibald dan Alexander. Kesemuanya adalah ahli keluarga berbangsa Scotland. Mereka bersama-sama mengendalikan lima ladang ternak biri-biri dan lembu. | UMUM | |
SETINGGAN DI AUSTRALIA | Setinggan di Australia pada mulanya ialah penggembala-penggembala yang menduduki tanah kerajaan secara haram. Lama-kelamaan, ramai antara mereka menjadi penternak lembu yang kaya dan dihormati. | UMUM | |
MAKANAN TERNAKAN | Makanan ternakan ialah istilah bagi makanan yang diberikan kepada haiwan ternakan. Makanan pelawas (makanan kasar) yang digunakan termasuk kacang soya, kacang duduk, dan tumbuh-tumbuhan padang rumput ternak seperti rumput dan alfalfa. Sesetengah tumbuh-tumbuhan ini dikeringkan dan diberikan kepada haiwan ternakan sebagai rumput kering. Penternak sering mengawet keseluruhan pokok jagung dan lain-lain tanaman, dan menggunakannya sebagai makanan ternakan yang dikenali sebagai silaj . Bijian jagung, betari atau barli boleh dikisar dan dicampurkan dengan bahan lain untuk membuat satu lagi makanan ternakan. | UMUM | |