ADDIS ABABA | Addis Ababa (pend. 1 412 577) ialah ibu negara dan bandar terbesar Ethiopia. Ia merupakan bandar utama penting di Afrika dan pusat konvensyen yang penting bagi persidangan antarabangsa Afrika. | UMUM | |
OMSK | Omsk (pend. 1 159 000) ialah pusat pembuatan yang penting di Rusia. Omsk terletak di sepanjang Sungai Irtysh di Siberia, kira-kira 2190 kilometer di timur Moscow. Omsk merupakan salah sebuah bandar yang terbesar di Siberia. Untuk lokasi, lihat Rusia (peta politik). | UMUM | |
PRAGUE | Prague (pend. 1 189 828) ialah ibu negara dan bandar raya terbesar di Republik Czech, dan pusat kebudayaan, dan ilmu pengetahuan yang penting. Prague, yang dikenali sebagai Praha dalam bahasa Czech, merupakan salah sebuah bandar yang tertua dan paling indah di tengah Eropah. Ia terletak di Sungai Vltava di bahagian tengah negara itu (lihat Republik Czech [ peta]). Prague juga dikenali sebagai “Kota Seribu Menara” kerana terdapat banyak gereja. Bandar raya ini merupakan salah sebuah daripada beberapa bandar di tengah Eropah yang terselamat daripada kerosakan besar dalam Perang Dunia II (1939–1945). | UMUM | |
PUNE | Pune (pend. 1 203 351), dahulunya dikenali sebagai <i> Poona i> , ialah sebuah bandar di bahagian barat India. Pune merupakan pusat pendidikan, ketenteraan, dan politik yang penting. Pune terletak kira-kira 190 kilometer ke tenggara Bombay, di negeri Maharashtra. Untuk lokasinya, lihat India (peta politik). | UMUM | |
SEATTLE | Seattle (pend. bandar–516 259; kawasan metropolitan–1 972 961) ialah bandar raya terbesar di Washington, Amerika Syarikat. Bandar raya ini merupakan pusat pengeluaran, perdagangan, dan pengangkutan yang penting di Barat Laut Pasifik. Bandar raya ini terletak di pantai timur Selat Puget, kira-kira 200 kilometer dari Lautan Pasifik melalui Selat Juan de Fuca. Kedudukan Seattle telah membantunya menjadi pintu masuk ke Alaska dan Timur Jauh. Lebih kurang dua per lima penduduk Washington tinggal di kawasan metropolitan Seattle. | UMUM | |
ADELAIDE | Adelaide (pend. 1 023 617) ialah ibu negeri dan pelabuhan utama Australia Selatan. Bandar raya ini dinamakan sempena nama Permaisuri Adelaide, permaisuri kepada raja England, William IV. Adelaide ialah pusat pentadbiran, perindustrian, perdagangan, dan kebudayaan yang paling penting di Australia Selatan. Ia juga merupakan pusat pengangkutan utama serta pusat pemungutan dan pengedaran barang pembuatan di Australia Selatan. | UMUM | |
SUMBI GIGI | Kapsyen1"> :1"> Sumbi gigi SUMBI GIGI, penambal gigi yang rosak atau gigi tambahan atau buatan. Sumbi gigi memainkan peranan penting dalam penjagaan gigi di samping mengemas dan mencantikkan gigi. Sumbi gigi juga boleh berfungsi sebagai susuk pemanis. Pada mulanya sumbi gigi ini dibentuk menggunakan logam seperti tembaga, perak dan emas. Lama-kelamaan ada sesetengah masyarakat elit menempah sumbi gigi menggunakan logam platinum, kerana lebih mahal, kuat dan kelihatan berkilat apabila seseorang itu senyum atau ketawa. Dengan kata lain, sumbi gigi tidak lagi menjadi penutup bagi gigi yang rosak, sama ada berlubang atau rapuh tetapi mula enjadi penghias wajah pemakainya. | BUDAYA | Alat/Alatan |
KACANG BUNCIS BESAR | Kacang buncis besar ialah tumbuhan tahunan yang tahan lasak yang tumbuh sehingga kira-kira 1.8 meter tinggi. Ia ialah tanaman makanan yang penting, terutamanya di Amerika Latin. | UMUM | |
SANTO DOMINGO | Santo Domingo (pend. 1 313 172) ialah ibu negara dan bandar terbesar di Republik Dominica. Ia terletak di muara Sungai Ozama di selatan pinggir laut. Untuk lokasi, lihat Republik Dominica (peta). Bandar ini merupakan pelabuhan laut dan lapangan terbang yang penting. Kilang-kilangnya menghasilkan keluaran gula, tekstil dan minuman beralkohol. Hotel tempat peranginan dan pantainya menjadikan Santo Domingo popular kepada pelancong. | UMUM | |
ROSARIO | Rosario (pend. 1 079 359) ialah bandar ketiga terbesar di Argentina. Hanya Buenos Aires dan Córdoba mempunyai penduduk yang lebih ramai. Rosario terletak di Sungai Paraná, di bahagian timur-tengah Argentina [lihat Argentina (peta politik)]. Bandar ini ialah bandar pelabuhan pedalaman yang utama dan pusat industri yang penting di Argentina. | UMUM | |