JELAI | JELAI, kawasan yang pernah dikuasai oleh Maharaja Perba Jelai, seorang pembesar Pahang yang termasyhur. Jelai terletak di utara Sungai Pahang, yang mana Sungai Jelai ialah sungai yang penting sekali sebelum kedatangan British ke Pahang. Jelai berada di bawah pemerintahan Bendahara Ali dibantu oleh Orang Kaya Indera Maharaja Perda Jelai. Maharaja Perda Jelai membantu Bendahara Ali untuk memerintah negerinya dengan aman. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
DISRAELI, BENJAMIN | Disraeli, Benjamin (1804–1881) ialah salah seorang pemimpin politik British yang amat penting pada tahun 1800-an. Dia pernah berkhidmat sebagai Perdana Menteri Great Britain pada tahun 1868 dan sekali lagi dari tahun 1874 hingga tahun 1880. | UMUM | |
NEW JERSEY | New Jersey (pend. 7 748 634) ialah negeri industri yang penting di timur laut Amerika Syarikat. Ia terletak di wilayah Atlantik Tengah negara tersebut, di antara Sungai Delaware dengan Sungai Hudson. Trenton ialah ibu negerinya. Bandar New Jersey yang kecil dan tidak sibuk ini berbeza sama sekali daripada bandar raya industrinya yang besar. New Jersey mempunyai penduduk yang lebih padat berbanding dengan negeri-negeri lain. Tempat peranginan di sepanjang kawasan pinggir laut menarik berjuta-juta pelancong ke negeri tersebut setiap tahun. | UMUM | |
KEWARTAWANAN | Kewartawanan ialah salah satu profesion yang sangat penting. Ia memaklumkan kepada rakyat tentang peristiwa yang berlaku dalam masyarakat, negara, dan dunia. Laporan wartawan juga membantu orang awam membentuk pendapat tentang peristiwa semasa. Wartawan memaklumkan kepada orang awam menerusi beberapa cara komunikasi, terutama sekali akhbar, majalah, radio, dan televisyen. Cara komunikasi seperti ini kerap dirujuk sebagai akhbar atau media berita. | UMUM | |
TUAI BURUNG | TUAI BURUNG, tukang tilik dalam masyarakat Iban. Tuai burung bijak mentafsir petanda berasaskan peristiwa semula jadi, terutama sekali tingkah laku burung dan binatang lain. Biasanya, tuai burung ialah seorang lelaki yang sudah berumur dan berpengaruh dalam sebuah rumah panjang. Tuai burung sama penting dengan tuai rumah dan lebih diutamakan daripada dukun dan lemambang. | BUDAYA | Konsep |
SPLIT | Split (pend. 235 398 ) ialah bandar di selatan Croatia yang membangun daripada bandar purba Rom. Bandar ini terletak di pantai Lautan Adriatik (lihat Croatia [peta]). Namanya dalam bahasa Itali ialah Spalato. Bandar Split pada asalnya didirikan pada sekitar tahun 295 M. dan ia termasuk dalam lingkungan tembok kota batu yang mengelilingi istana Maharaja Rom, Diocletian. Tinggalan istana ini masih lagi ada yang kini menjadi pusat bandar Split. Tinggalan bangunan Rom purba ini memberikan satu contoh yang paling baik tentang seni bina Rom. Hari ini, Split merupakan pelabuhan penting dan juga pusat bagi perindustrian – terutama sekali industri pembinaan kapal. Sebuah loji janakuasa hidroelektrik yang besar terletak tidak jauh dari bandar ini. | UMUM | |
SIMPOSIUM DIALEK MELAYU | SIMPOSIUM DIALEK MELAYU, simposium tentang dialek atau bahasa daerah. Simposium ini diadakan pada 2 hingga 3 Disember 1981, anjuran Jabatan Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka serta Persatuan Linguistik Malaysia. Simposium ini diberi tajuk Simposium Dialek: Penyelidikan dan Pendidikan dan bertemakan Ke Arah Mengenal Dialek dan Fungsinya. Tema tersebut menjadi pilihan pihak penganjur kerana dialek atau bahasa daerah adalah penting dan tidak dapat sama sekali dipisahkan daripada kehidupan dan pergaulan sehari-hari masyarakat Melayu. | BAHASA | Kegiatan |